7HB OGOS, 2016 HARI MINGGU BIASA KE – 19 TAHUN C



1. KURSUS PRA-PERKAHWINAN DALAM BAHASA MALAYSIA

Tempat : Dewan Sebarguna, St. Joseph
Tarikh : Sabtu, 13hb Ogos Masa : 8.00 pagi – 5.00 petang
Sila datang ke pejabat Paroki untuk pendaftaran.

2. SEMINAR PERTUMBUHAN

Tempat : Hotel Imperial Ballroom, Miri Tarikh : 26hb – 28hb Ogos
Tema : “Fresh Fire” Penceramah : Dr. Carol Razza
Seminar pertumbuhan ini bertujuan untuk memperdalam hidup rohani kita dan terbuka kepada semua ahli kumpulan doa dan mereka yang berminat untuk berkembang dalam kehidupan doa mereka.

3. PENGZIARAHAN TAHUN JUBLI KERAHIMAN DALAM BAHASA IBAN
Pengziarahan Tahun Jubli Kerahiman dalam Bahasa Iban akan diadakan pada hari Isnin, 12hb September. Ianya akan bermula pada jam 8.00 pagi di Katedral St. Joseph, melalui “Holy Door”, selepas itu ke Gereja St. Dominic dan Rosary, Taman Tunku.
Semua adalah dijemput menyertainya. Sila datang ke pejabat Paroki St. Joseph untuk pendaftaran.

4. KURSUS PENGINJILAN DALAM BAHASA MALAYSIA

Tempat : St. Francis of Assisi’s Chapel, Jalan Brighton
Tarikh : 15hb – 16hb Ogos (Isnin – Selasa)
Masa : Bermula pada hari Isnin, 7.30 malam dan Selasa, 7.00 pagi
Penceramah : Bapa Uskup Pembantu Simon Poh dari Keuskupan Kuching
Para Ketua Sembahyang dan sesiapa yang berminat belajar cara-cara baru dalam penginjilan adalah digalakkan untuk menyertainya. Sila datang ke pejabat Paroki untuk pendaftaran.



5. JUALAN MAKANAN SEMPENA KUTIPAN DANA UNTUK WISMA ST. JOSEPH
( announce until Youth Mass )

Ministri Keluarga kaum Cina akan menganjurkan Jualan Makanan sempena Kutipan Dana untuk Wisma St. Joseph di perkarangan Katedral St. Joseph seperti berikut:

Sabtu, 6hb Ogos Masa : 4.00 petang - 8.00 malam

Ahad, 7hb Ogos Masa : 6.00 pagi - 1:30 petang

Sila menyokong dengan membeli makanan dari gerai-gerai yang tersedia.