11HB SEPTEMBER, 2016 MINGGU BIASA KEDUA PULUH EMPAT - TAHUN C



1. JUALAN MAKANAN UNTUK KUTIPAN DANA
Persatuan St. Vincent de Paul sedang mengadakan Jualan Makanan untuk Kutipan Dana pada hari Ahad, (hari ini), 11hb September, dari jam 7.00 pagi – 1.00 petang di perkarangan Katedral St. Joseph. Hasil Kutipan ini akan disalurkan ke Pembinaan Wisma St Joseph.
Sila sokong dengan murah hati.

2. KEM LITURGI KANAK-KANAK Tempat : St. Francis of Assisi’s Chapel, Jalan Brighton Tarikh : 12hb – 14hb September
Tarikh Pendaftaran : Isnin, 12hb September Masa : 7.00 – 8.30 pagi
Kanak-kanak berumur 10 – 12 tahun digalakkan untuk menyertai Kem Liturgi ini.
Untuk keterangan lanjut sila rujuk pada Notis Gereja.

3. SERVIS DOA SEMPENA HARI MALAYSIA
Para umat paroki adalah dijemput untuk menghadiri Servis Doa Hari Malaysia untuk berdoa bagi kesejahteraan Negara kita. Servis ini dikendalikan oleh Persatuan Gereja-Gereja Sarawak.
Tempat : Gereja St. Columba Tarikh : 16hb September Masa : 6.30 petang

4. PENZIARAHAN UNTUK PELAJAR MUDA-MUDI KRISTIAN (YCS)
Ini adalah untuk YCS – iaitu pelajar-pelajar Sekolah Menengah.
Tempat : Katedral St. Joseph ke Gereja St. Dominic dan Rosary, Taman Tunku
Tarikh : Sabtu, 17hb September Masa : 8.00 pagi – 12.00 tengahari
Para ibu bapa dijemput untuk datang bersama. Pendaftaran diadadakan selepas Misa hari ini.

5. KURSUS PERANCANG KELUARGA SEMULAJADI [ NFP ] DALAM BAHASA IBAN
Tempat : St. Anthony’s Chapel, Pujut Corner
Tarikh : Sabtu, 17hb September Masa : 9.00 pagi – 1.30 petang
Sila datang ke Pejabat Paroki St. Joseph untuk pendaftaran.

6. JUALAN BAJU-T PERARAKAN KRISMAS
Sempena dengan Perarakan Krismas pada 3hb Disember di Dataran Bandaraya Miri, kita akan mengadakan Jualan Baju–T Perarakan Krismas selepas Misa. Sila buat tempahan anda dan pembayaran, dan anda akan mendapat baju-T pada pertengahan bulan November. Harga sehelai adalah RM16.00. Tarikh tutup adalah pada 19hb September.

7. SEMINAR PERTUMBUHAN SUSULAN

Tempat : Katedral St. Joseph Tarikh : Jumaat, 23hb September Masa : 7.30 malam

8. CERAMAH TENTANG KEROHANIAN ST. TERESA AVILA DALAM BAHASA INGGERIS
Tempat : Dewan Maranatha, Merdeka Mall, Jalan Airport
Tarikh : Sabtu, 24hb September Masa : 9.00 pagi – 5.00 petang
Penceramah : Rev. Fr. Simwee ( Paderi Karmelait dari Taiwan )
Yuran Pendaftaran : RM10.00 Tarikh Tutup : 15hb September
Sila datang ke pejabat Paroki St. Joseph untuk pendaftaran.

9. PERAYAAN ULANGTAHUN KE-40 KEUSKUPAN MIRI
Kita akan merayakan Ulangtahun ke-40 Keuskupan Miri pada 3hb Oktober dengan Misa Kesyukuran di Stadium Tertutup Miri pada jam 8.30 pagi dan ini akan disusuli dengan Hari Keluarga di Stadium Terbuka Miri. Kupon-kupon untuk Hari Keluarga berharga RM20.00 sebuku dijual selepas Misa.