18HB SEPTEMBER, 2016 MINGGU BIASA KEDUA PULUH LIMA - TAHUN C

1. JUALAN  BAJU-T  PERARAKAN  KRISMAS
Sila buat tempahan selepas Misa selesai.  Tarikh tutup adalah pada hari Isnin, 19hb September.

2. SEMINAR  PERTUMBUHAN  SUSULAN
Tempat :  Katedral St. Joseph    Tarikh :  Jumaat, 23hb September    Masa :  7.30 malam

3. JEMPUTAN KEPADA SEMUA PELAJAR KATOLIK UNIVERSITI  MALAYA  YANG  BARU  
Paroki St. Francis Xavier, Petaling Jaya, mengalu-alukan semua pelajar baru Universiti Malaya ke Majlis Malam Suai Kenal.
Tempat :  Gereja St. Francis Xavier, Petaling Jaya
Tarikh   :  Sabtu, 24hb September Masa : 4.30 petang – 10.30 malam
Ia bertujuan untuk memberi sokongan masyarakat kepada semua pelajar baru yang memulakan pengajian tinggi di Kuala Lumpur.  Sekiranya anda mengenali mana-mana umat atau ahli keluarga atau sahabat-handai yang menuntut di Universiti Malaya, sila jemput mereka ke majlis ini.  Untuk keterangan lanjut, sila rujuk pada Notis Gereja.

4. PERAYAAN  ULANGTAHUN  KE-40 KEUSKUPAN  MIRI
Kita akan merayakan Ulangtahun ke-40 Keuskupan Miri pada 3hb Oktober dengan Misa Kesyukuran di Stadium Tertutup Miri pada jam 8.30 pagi dan ini akan disusuli dengan Hari Keluarga di Stadium Terbuka Miri.  Kupon-kupon untuk Hari Keluarga berharga RM20.00 sebuku dijual selepas Misa.  Maklumat tentang acara Perayaan Ulangtahun tersebut diedarkan hari ini.  Pada minggu hadapan edisi khas baju-T sempena ulangtahun ke 40 dijual dengan harga RM40.00 sehelai.

5. KURSUS  PRA-PERKAHWINAN
DALAM  BAHASA  MANDARIN
Tempat :  Bilik Persidangan, Paroki St. Joseph
Tarikh   :  24hb – 25hb September  ( Sabtu – Ahad )

DALAM  BAHASA  INGGERIS
Tempat :  Gereja Mater Dei, Lutong
Tarikh   :  8hb – 9hb September  ( Sabtu – Ahad )
Sila datang ke Pejabat Paroki untuk pendaftaran.

6. BARANG  KITAR  SEMULA 
Tempat :  Di bawah pokok, di hadapan Rumah Paderi
Tarikh   :  Sabtu, 24hb September Masa :  2.00 – 4.00 petang

7. PERSIDANGAN  KELUARGA KERAHIMAN
Tempat :  Hotel Imperial Ballroom Miri
Tarikh :  27hb – 29hb November
Sumbangan Pendaftaran :  RM80.00
Penceramah :  Reverend Fr. Gino Henriques
Pendaftaran akan diadakan selepas Misa hari ini.