25HB SEPTEMBER, 2016 MINGGU BIASA KEDUA PULUH ENAM - TAHUN C

1.  MISA  ARWAH GABUNGAN
     Misa Arwah Gabungan untuk Bulan September adalah pada hari Jumaat, 30hb September, jam 7.00 pagi di Katedral St. Joseph.  Sesiapa yang ingin memberi Misa Arwah untuk kaum keluarga, saudara-mara dan mereka yang telah meninggal diminta mendaftar dengan Pejabat Paroki.
     Tarikh tutup pendaftaran adalah pada hari Selasa, 27hb September.  

2.  ROSARI  BULAN  OKTOBER 
      Tarikh :  Isnin – Jumaat kecuali hari Rabu, bermula 3hb Okotber
      Masa  :  7.30 malam
      Tempat  :  Katedral St. Joseph dalam Bahasa Mandarin
                         Gereja Mater Dei, Lutong dalam Bahasa Inggeris
Dan juga pada semua hari Sabtu dalam bulan Oktober, bermula Sabtu, 1hb Oktober, jam 7.00 malam, budak-budak Sekolah Minggu Gereja Mater Dei, Lutong memimpin Rosari di Grotto.  Sila datang dan berdoa bersama budak-budak Sekolah Minggu dan bawa lilin bersama.

 3.  MISA  KENYAH-KAYAN
      Tempat :  Gereja Mater Dei, Lutong      Tarikh  :  Ahad, 2hb  Oktober     Time :  11.00 pagi
      Semua dijemput datang.

4.   PERAYAAN  ULANGTAHUN  KE-40 KEUSKUPAN  MIRI
Kita akan merayakan Ulangtahun ke-40 Keuskupan Miri pada 3hb Oktober dengan Misa Kesyukuran di Stadium Tertutup Miri pada jam 8.30 pagi dan ini akan disusuli dengan Hari Keluarga di Stadium Terbuka Miri.  Minggu ini dan Minggu hadapan, Baju-T edisi khas sempena ulangtahun ke-40 dan juga untuk mengutip dana bagi menampung perbelanjaan perayaan tersebut.  Ianya dijual dengan harga RM40.00 sehelai.   Semua kita digalakkan untuk memakai baju tersebut ke Misa Kesyukuran dan Hari Keluarga.

5.  KURSUS  PRA-PERKAHWINAN  DALAM  BAHASA  INGGERIS
     Tempat :  Gereja Mater Dei, Lutong       Tarikh :  8hb – 9hb Oktober  ( Sabtu – Ahad )
     Sila datang ke Pejabat Paroki untuk pendaftaran.

6.  KURSUS  PEMBAPTISAN BAYI  DALAM  BAHASA  INGGERIS
     Tempat :  Katedral St. Joseph      Tarikh :   9HB – 10HB Oktober         Masa :  7.30 malam
     Bayi akan dibaptiskan pada hari Selasa, 10hb Oktober jam 5.30 petang.  Para ibu bapa dan wali yang ingin anak-anak mereka dibaptiskan haruslah menghadiri kursus ini.

7.  MISA  KUDUS  DI  HOLY  ROSARY  CHAPEL
     Dimaklumkan bahawa Misa Kudus di Holy Rosary Chapel, Piasau Utara ditukar ke 9hb Oktober,
     jam 3.00 petang.  Harap maklum.

8. PERSIDANGAN  KELUARGA  KERAHIMAN 
       Tempat :  Hotel Imperial Ballroom Miri
       Tarikh   :  27hb—29hb November
       Sumbangan Pendaftaran :  RM 80.00
       Penceramah  :  Reverend Fr. Gino Henriques
       Pendaftaran diadakan selepas Misa hari ini.

9.  PENDAFTARAN  KEMASUKAN  KANAK-KANAK  TADIKA  KATOLIK  
     UNTUK  TAHUN  2007  
     Pendaftaran kemasukan kanak-kanak Tadika Katolik Paroki Miri untuk tahun 2017 kini  dibuka.  Tadika Katolik kita adalah Tadika St. Joseph di Bandar Miri dan  Tadika Sri Cahaya di Senadin.  
     Sukatan pelajaran kami mementingkan pembangunan kanak-kanak yang sihat dari segi intelek, emosi dan rohaniah.  Penggunaan Bahasa Inggeris juga dipertingkatkan dengan pengenalan interaktif   “program ICT” dalam pengajaran pada tahun 2017.
     Kami mengalu-alukan kanak-kanak yang lahir pada tahun 2011, 2012 dan 2013.
     Untuk pendaftaran dan keterangan lanjut, sila rujuk pada Notis Gereja.  

10.  MAKLUMAT  MENGENAI  PENGGUNAAN  KAD PEMENUHAN 
       ( FULFILMENT CARDS )  WISMA ST. JOSEPH 

       Kita telah memperkenalkan Borang Janji yang baru untuk memberi peluang kepada para umat untuk menyumbang dari segi material dan rohani untuk mencapai pelan Pembinaan WISMA St. Joseph. Kita mempunyai kad berasingan untuk sumbangan material dan rohani.  Hari ini kita melancarkan Kad Pemenuhan  ( Fulfilment Cards)  untuk sumbangan rohani. Oleh kerana kita memerlukan RM 30 juta, kita juga meminta 30 juta doa, puasa dan kerja-kerja belas kasih sebagai sokongan rohani.  Setelah Katedral baru dibina, plak catatan sumbangan rohani ini akan diadakan. Kad Pemenuhan ini ada dalam pelbagai warna untuk membezakan antara doa, puasa dan kerja-kerja belas kasih.  Sila mengambil seberapa banyak kad yang anda perlukan, gunakanya untuk mencatat doa anda, puasa atau kerja-kerja sumbangan belas kasih, dan bila kad tersebut telah ditandakan sepenuhnya, sila simpankan ke dalam beg koleksi hari Minggu. Terima kasih atas kerjasama dan sokongan anda.