PENGAKUAN DOSA MUSIM ADVEN Sila rujuk pada notis Gereja untuk jadualnya di pelbagai Gereja.

4HB SEPTEMBER, OGOS, 2016 MINGGU BIASA KEDUA PULUH TIGA - TAHUN C



1. PERSIDANGAN BELIA BERKERJAYA

Tempat : Parkcity Everly Hotel Tarikh : 16hb – 18hb September ( Jumaat - Ahad )
Tema : Yesus Wajah Kerahiman – Yohanes 14:9
Tarikh Tutup Pendaftaran : 4hb September
Kaunter pendaftaran dibuka selepas Misa. Belia berkerjaya dan pelajar university/ kolej berumur 18 tahun ke atas adalah dijemput.

2. KEM LITURGI KANAK-KANAK
Tempat : St. Francis of Assisi’s Chapel, Jalan Brighton Tarikh : 12hb – 14hb September
Kanak-kanak berumur 10 – 12 tahun digalakkan untuk menyertai Kem Liturgi ini.
Untuk keterangan lanjut sila rujuk pada Notis Gereja.

3. SERVIS DOA SEMPENA HARI MALAYSIA
Para umat paroki adalah dijemput untuk menghadiri Servis Doa Hari Malaysia untuk berdoa bagi kesejahteraan Negara kita. Servis ini dikendalikan oleh Persatuan Gereja-Gereja Sarawak.

Tempat : Gereja St. Columba Tarikh : 16hb September Masa : 6.30 petang

4. PENGZIARAHAN UNTUK PELAJAR MUDA-MUDI KRISTIAN (YCS)
Ini adalah untuk YCS – iaitu pelajar-pelajar Sekolah Menengah.
Tempat : Katedral St. Joseph ke Gereja St. Dominic and the Rosary
Tarikh : Sabtu, 17hb September Masa : 8.00 pagi – 12.00 tengahari
Para ibu bapa dijemput untuk datang bersama. Pendaftaran diadadakan selepas Misa selesai
hari ini.

5. KURSUS PERANCANG KELUARGA SEMULAJADI [ NFP ] DALAM BAHASA IBAN
Tempat : St. Anthony’s Chapel, Pujut Corner
Tarikh : Sabtu, 17hb September Masa : 9.00 pagi – 1.30 petang
Sila datang ke Pejabat Paroki St. Joseph untuk pendaftaran.

6. JUALAN BAJU-T PERARAKAN KRISMAS
Sempena dengan Perarakan Krismas pada 3hb Disember di Dataran Bandaraya Miri, kita akan mengadakan Jualan Baju–T Perarakan Krismas selepas Misa. Sila buat tempahan anda dan pembayaran, dan anda akan mendapat baju-T pada pertengahan bulan November. Harga sehelai adalah RM16.00. Tarikh tutup adalah pada 19hb September.

7. TEMPAT LETAK KENDERAAN DI KATEDRAL ST. JOSEPH ( Umumkan dlm Misa Cina & BM sahaja )
Adalah dimaklumkan bahawa Larian Amal akan bermula dan berakhir di Hotel Dynasty pada Minggu hadapan, Ahad, 11hb September. Larian bermula pada jam 6.15 pagi. Laluan larian termasuk jalan utama di hadapan Sekolah Rendah St. Joseph. Oleh itu, elakkan letak kenderaan di sana. Anda dinasihatkan untuk meletak kereta di tempat letak kereta bertingkat MCC / UTC.

8. ULANGTAHUN PERTAMA PERHIMPUNAN AGUNG 
SEKOLAH DAN TADIKA MUBALIGH KATOLIK
Tempat : Dewan Sekolah SMK St. Joseph
Tarikh : Isnin, 12hb September Masa : 7.00 pagi – 5.00 petang
Tema : “Berbelaskasihan Seperti Bapa”

Jawatankuasa penganjur ingin menjemput semua Pengetua, Guru Besar dan guru-guru senior Katolik dari Sekolah-sekolah Menengah dan Rendah Kerajaan di Miri untuk menyertai perhimpunan ini. Sila mendaftar di pejabat Paroki St. Joseph. Sila rujuk pada Notis Gereja untuk maklumat lanjut.

9. CERAMAH TENTANG KEROHANIAN ST. TERESA AVILA DALAM BAHASA INGGERIS
Tempat : Dewan Maranatha, Merdeka Mall, Jalan Airport
Tarikh : Sabtu, 24hb September Masa : 9.00 pagi – 5.00 petang
Penceramah : Rev. Fr. Simwee ( Paderi Karmelait dari Taiwan )
Yuran Pendaftaran : RM10.00
Tarikh Tutup : 15hb September
Sila datang ke pejabat Paroki St. Joseph untuk pendaftaran.

10. PERAYAAN ULANGTAHUN KE-40 KEUSKUPAN MIRI
Kita akan merayakan Ulangtahun ke-40 Keuskupan Miri pada 3hb Oktober dengan Misa Kesyukuran di Stadium Tertutup Miri pada jam 8.30 pagi dan ini akan disusuli dengan Hari Keluarga di Stadium Terbuka Miri. Kupon-kupon untuk Hari Keluarga akan dijual bermula pada Minggu hadapan, Ahad 11hb September.