16HB OKTOBER, 2016 MINGGU BIASA KEDUA PULUH SEMBILAN - TAHUN C

1.  MISA  ARWAH  GABUNGAN 
      Misa Arwah Gabungan untuk Bulan Oktober adalah pada hari Jumaat, 21hb Oktober, jam 7.00 pagi  di Katedral St. Joseph.  Sesiapa yang ingin memberi Misa Arwah untuk kaum keluarga, saudara- mara dan mereka yang telah meninggal diminta mendaftar dengan Pejabat Paroki.
Tarikh tutup pendaftaran adalah pada hari Selasa, 18hb Oktober.

2.  MISA  BAGI  PENUTUPAN  BULAN  ROSARI 
     Tempat :   Katedral St. Joseph
     Tarikh   :   Khamis, 27hb Oktober
     Masa  :   Rosari jam 7.30 malam dan diikuti Misa dalam Bahasa Inggeris

3.  PENZIARAHAN  UNTUK  PARA  PELAJAR  PENGAJIAN  TINGGI  DAN  BELIA  BERKERJAYA
   
     Tempat :  Katedral St. Joseph dan Gereja St. Dominic & Rosary, Taman Tunku
     Tarikh   :  Sabtu, 22hb Oktober Masa :  8.00 pagi – 12.00 tengahari
   
     Anda boleh mendaftar di pejabat Paroki St. Joseph.  Tarikh tutup pendaftaran adalah pada hari Isnin, 17hb Oktober.  Untuk keterangan lanjut, sila rujuk pada Notis Gereja.

4.  KURSUS  PERANCANG KELUARGA SEMULAJADI
     DALAM  BAHASA  MALAYSIA
     Tempat :  Dewan Serbaguna, Paroki St. Joseph
     Tarikh   :  Sabtu, 22hb Oktober     Masa :  8.00 pagi – 1.00 petang

     DALAM  BAHASA  INGGERIS
     Tempat :  Bilik Persidangan, Paroki St. Joseph
     Tarikh    :  Sabtu, 29hb Oktober Masa :  8.00 pagi – 12.30 tengahari
   
      Sila datang ke pejabat Paroki St. Joseph untuk pendaftaran.

5.  KURSUS  PRA-PERKAHWINAN  DALAM  BAHASA MALAYSIA
     Tempat :  Dewan Serbaguna, Paroki St. Joseph
     Tarikh    :  Sabtu, 29hb Oktober     Masa :  8.00 pagi – 5.00 petang

     Sila datang ke pejabat Paroki St. Joseph untuk pendaftaran.

6.   PENZIARAHAN  UNTUK SEKOLAH MINGGU  GEREJA MATER DEI  ( Hanya diumumkan di CMD saja)
      Sekolah Minggu CMD di Piasau akan mengadakan Penziarahan pada hari Sabtu, 29hb Oktober melalui Pintu Suci di Katedral St. Joseph ke Gereja St. Dominic dan Rosari, Taman Tunku.  Para ibu bapa / penjaga sila mendaftar di Bilik sumber bermula dari 16hb Oktober.

7.  KEROHANIAN  CARMELITE  ( KELAS BELAJAR DALAM BAHASA INGGERIS )
      Bagi sesiapa yang ingin belajar dan memahami Kerohanian Carmelite dalam kehidupan berdoa, sila daftar di pejabat Paroki St. Joseph.  Tarikh tutup pendaftaran adalah pada hari Ahad, 30hb Oktober.

8.  MINGGU  MISI  SEDUNIA 
      Minggu hadapan, 23hb Oktober, adalah Minggu Misi Sedunia.  Doa-doa dan sumbangan anda dapat membantu Gereja, hospital, sekolah dan kerjaya lebih daripada 1200 Keuskupan di negara-negara membangun.  Kutipan kedua adalah untuk Misi Sedunia ini.

9.   MINISTRI  LITURGI  MISA  HARI MINGGU
      Para umat adalah dialu-alukan untuk menjadi sukarelawan untuk Ministri-ministri Misa Kudus hari Minggu, seperti: Pengulas, warden, pembaca (lektor), altar server/pelayan mezbah, pembawa persembahan, projektor, koir dan doa umat.  Semua latihan akan disediakan.  Kaunter akan diadakan pada minggu hadapan, 23hb Oktober.
      Sila datang dan mengetahui lebih lanjut selepas Misa minggu hadapan.
   
10.  PERLANTIKAN  KARDINAL  MALAYSIA  PERTAMA
       Persidangan Uskup-Uskup Katolik Malaysia dengan sukacitanya mengumumkan bahawa Bapa Suci Paus Francis  telah menamakan Most Reverend Anthony Soter Fernandez, Uskup Agung Emeritus Kuala Lumpur, sebagai Kardinal. Pengumuman itu dibuat di Roma pada 9hb Oktober. Perlantikan Kardinal Fernandez akan menjadi Kardinal rakyat Malaysia yang pertma  dan ini satu kegembiraan yang besar bahawa Paus Francis telah diberikan kepada Jemaat Malaysia pengiktirafan dan penghormatan ini.  Fernandez yang dilantik Kardinal ini akan dinaikkan ke Kardinal pada 19hb November di Roma.