23HB OKTOBER, 2016 MINGGU BIASA KEDUA TIGA PULUH - TAHUN C

1. MINGGU  MISI  SEDUNIA  ( Umumkan sebelum Misa Bermula )
Hari ini adalah Minggu Misi Sedunia dan kutipan kedua adalah untuk Misi ini.  Sumbangan derma anda amat dihargai.

2. MISA  BAGI PENUTUPAN  BULAN  ROSARI
Tempat :  Katedral St. Joseph     Tarikh :  Khamis, 27hb Oktober
Masa :  Rosari jam 7.30 malam dan ikuti Misa  dalam Bahasa Inggeris.

3. JUALAN  BUNGA  UNTUK  PARA  SANTO-SANTE  DAN  HARI  ARWAH
Katedral St. Joseph :  29hb Oktober hingga 2hb November
Gereja Mater Dei, Lutong :  Ahad, 30hb Oktober
Sila sokong Jualan Bunga ini dan hasilnya akan disalur ke Wisma St. Joseph.

4. MISA  PARA SANTO-SANTE  [ CUTI  KEWAJIBAN ]
Misa -  Isnin, 31hb Oktober
Katedral St. Joseph :  7.30 malam dalam Bahasa Inggeris
Gereja Mater Dei, Lutong :  7.30 malam dalam Bahasa Malaysia

Misa – Selasa, 1hb November
Carmelite Chapel :  6.15 pagi dalam Bahasa Inggeris
Katedral St. Joseph :  6.00 pagi dalam Bahasa Mandarin
  7.30 pagi dalam Bahasa Inggeris
              7.30 malam dalam Bahasa Malaysia
Gereja Mater Dei, Lutong :  6.30 padi dalam Bahasa Inggeris
 7.30 malam dalam Bahasa Iban

5. MISA  ARWAH – RABU, 2HB NOVEMBER
Carmelite Chapel :  6.15 pagi dalam Bahasa Inggeris
Katedral St. Joseph :  7.00 pagi Bahasa Inggeris ; 5.30 petang dalam Bahasa Mandarin dan 7.30 malam dalam Bahasa Malaysia  
Gereja Mater Dei, Lutong :  6.30 pagi dalam Bahasa Inggeris dan 7.30 malam dalam Bahasa Iban

6. PEMBERKATAN  BAGI KETIGA-TIGA  TANAH  PERKUBURAN
Tarikh :  Rabu, 2hb November Masa : 9.00 pagi
Pemberkatan Perkuburan  di Tanah Perkuburan di Field Force Camp, Riam
dan Lambir.

7. MISA  ARWAH GABUNGAN  BULAN  NOVEMBER
Pada bulan November, kita berdoa khasnya bagi mereka yang telah meninggal dan orang tersayang.   Misa Arwah Gabungan pada hari Misa para Arwah, dan semua hari Jumaat pagi, Misa di bulan November akan  diadakan di Katedral St. Joseph.  Sila datang ke pejabat Paroki untuk mendaftar bagi Misa Arwah Gabungan ini.
                                                                   
8. KURSUS  PRA- PENGUATAN UNTUK  PARA  REMAJA
Para remaja yang lahir pada tahun 2002 atau terdaulu dan yang ingin menerima Sakramen Penguatan pada tahun 2017, hendaklah mengikuti kursus Pra-Penguatan ini.  Kursus ini bermula pada Hari Pengenalan seperti berikut
Tarikh :  Ahad, 6hb November Masa : 1.30 – 4.30 petang
Tempat :  St. Francis of Assisi’s Chapel, Jalan Brighton
Selepas ini, kelas-kelas ini akan diadakan di Katedral St. Joseph pada setiap hari Ahad dari jam 2.00 p.m. hingga 3.30 petang.

9. DOKUMENTARI “IMAGE ASAL DIVINE MERCY”  (KERAHIMAN ILLAHI )
Dokumentari ini akan ditayangkan di Katedral St. Joseph pada hari Ahad, 30hb Oktober, jam 7.30 malam.  Semua adalah dijemput datang.

10.  PENDAFTARAN  KUMPULAN  KRISMAS  KAROLING 
 Adalah dimaklumkan bahawa semua kumpulan Krismas Karoling Paroki St. Joseph  dinasihatkan untuk mendaftar di pejabat Paroki jika kumpulan anda ada mengadakan  Karoling pada bulan Disember ini.  Tarikh tutup adalah pada 6hb November.

11. MINISTRI  LITURGI  MISA  HARI MINGGU
           Para umat adalah dialu-alukan untuk menjadi sukarelawan diri mereka untuk melayan  pada Misa Kudus hari Minggu ministri seperti : Pengulas, warden, pembaca (lektor), altar server (pelayan mezbah), pembawa persembahan, projektor, koir dan doa umat.  Semua latihan akan disediakan. Sila datang ke kaunter dan mengetahui lebih lanjut selepas Misa.  

12. BARANG  KITAR  SEMULA
Tempat :  Dibawah pokok, hadapan Rumah Paderi
Tarikh :  Sabtu, 29hb Oktober Masa :  2.00 – 4.00 petang

13. PENZIARAHAN  SEKOLAH  MINGGU GEREJA  MATER DEI  ( Umumkan di CMD sahaja)
           Sekolah Minggu CMD di Piasau, akan mengadakan  Penziarahan pada hari Sabtu, 29hb Oktober melalui Pintu Suci di Katedral St. Joseph ke Gereja St. Dominic dan  Rosari, Taman Tunku.  Para ibu bapa/penjaga diseru untuk mendaftar di Bilik Sumbe Sekolah Minggu.