2HB OKTOBER, 2016 MINGGU BIASA KEDUA PULUH TUJUH - TAHUN C

 1.  ROSARI  BULAN  OKTOBER 
      Tarikh :  Isnin – Jumaat kecuali hari Rabu, bermula 3hb Oktober
      Masa  :  7.30 malam
      Tempat  :  Katedral St. Joseph dalam Bahasa Mandarin
                         Gereja Mater Dei, Lutong dalam Bahasa Inggeris
Dan juga pada semua hari Sabtu dalam bulan Oktober, bermula Sabtu, 1hb Oktober, jam 7.00 malam, budak-budak Sekolah Minggu Gereja Mater Dei, Lutong memimpin Rosari di Grotto.  Sila datang dan berdoa bersama budak-budak Sekolah Minggu dan bawa lilin bersama.

2.   PERAYAAN  ULANGTAHUN  KE-40 KEUSKUPAN  MIRI
Kita akan merayakan Ulangtahun ke-40 Keuskupan Miri pada 3hb Oktober (Isnin) dengan Misa
Kesyukuran di Stadium Tertutup Miri pada jam 8.30 pagi dan ini akan disusuli dengan Hari Keluarga di Stadium Terbuka Miri.  Baju-T edisi khas sempena ulangtahun ke-40 dijual selepas Misa.  Semua kita digalakkan untuk memakai baju tersebut ke Misa Kesyukuran dan Hari Keluarga.  Semua 11 buah paroki dari Keuskupan akan mengambil bahagian semasa Jualan makanan dan pertandingan antara paroki pada Hari Keluarga tersebut.
Datanglah beramai-ramai dan berilah sokongan.

3.   MISA  UJIAN  BAGI  PELAJAR PT3, SPM  DAN  STPM 
      Tempat :  Katedral St. Joseph      Tarikh :  Sabtu, 8hb Oktober    Masa :  2.00 petang
      Semua pelajar yang menduduki Ujian PT3, SPM  dan STPM pada tahun ini adalah digalakkan
      untuk menghadiri Misa ini.

4.  KURSUS  PRA-PERKAHWINAN  DALAM  BAHASA  INGGERIS
     Tempat :  Gereja Mater Dei, Lutong       Tarikh :  8hb – 9hb Oktober  ( Sabtu – Ahad )
     Sila datang ke Pejabat Paroki untuk pendaftaran.

5.  KURSUS  PEMBAPTISAN BAYI  DALAM  BAHASA  INGGERIS
     Tempat :  Katedral St. Joseph       Tarikh :   9HB – 10HB Oktober         Masa :  7.30 malam
     Bayi akan dibaptiskan pada hari Selasa, 11hb Oktober jam 5.30 petang.  Para ibu bapa dan wali
     yang ingin anak-anak mereka dibaptiskan haruslah menghadiri kursus ini.

6.   PERSIDANGAN  KELUARGA  KERAHIMAN 
      Tempat :  Hotel Imperial Ballroom Miri
      Tarikh   :  27hb—29hb November
      Sumbangan Pendaftaran :  RM 80.00
      Penceramah  :  Reverend Fr. Gino Henriques
      Pendaftaran diadakan selepas Misa hari ini.
     
7.  PENDAFTARAN  KEMASUKAN  KANAK-KANAK  TADIKA  KATOLIK UNTUK  TAHUN  2017  
     Pendaftaran kemasukan kanak-kanak Tadika Katolik Paroki Miri untuk tahun 2017  kini dibuka.     Tadika Katolik kita adalah Tadika St. Joseph di Bandar Miri dan Tadika Sri Cahaya di Senadin.     Sukatan pelajaran kami mementingkan pembangunan kanak-kanak yang sihat  dari segi intelek, emosi dan rohaniah.  Penggunaan Bahasa Inggeris juga dipertingkatkan dengan pengenalan interaktif   “program ICT” dalam pengajaran pada tahun 2017.
     Kami mengalu-alukan kanak-kanak yang lahir pada tahun 2011, 2012 dan 2013.
     Untuk pendaftaran dan keterangan lanjut, sila rujuk pada Notis Gereja.