NOTIS GEREJA: 27HB NOVEMBER, 2016 MINGGU ADVEN PERTAMA – TAHUN A

1.   PERARAKAN KRISMAS  ( CHRISTMAS PARADE )


     Tempat :  Dataran Kipas, Miri
     Tarikh   :  Sabtu, 3hb Disember     Masa : 5.00 petang

     Sila datang dan menyokong Perarakan Krismas untuk menunjukkan keharmonian perpaduan dan kehadiran kita.  Lokasi kedudukan untuk Gereja kita adalah bersebelahan dengan  Perpuskataan IT ( Pustaka ).  Lilin dengan pemegang boleh diperolehi di kedai  buku gereja dan di  tempat perarakan.  Gereja kita akan mengadakan gerai jualan makanan dan minuman di tempat letak kereta berdekatan dengan kolam renang dan hasil jualan akan  disalur ke Wisma St. Joseph.



2.   KEM PANGGILAN DALAM BAHASA MALAYSIA
Temat :St. Francis of Assisi’s chapel,  Jalan Brighton
Tarikh: 6hb – 10hb Disember
Masa   :   Pendaftaran bermula pada jam 4.00 petang, Selasa, 6hb Disember
Yuran: RM25.00  ( peserta dari Miri )
 RM 20.00 ( peserta dari luar Miri )

Para pelajar yang telah tamat SPM dan STPM adalah digalakkan untuk menyertai Kem Panggilan ini.



3.  PENGAKUAN  DOSA  MUSIM  ADVEN
Pengakuan dosa akan bermulapada 8hb Disember dan pengakuan diadakan selepas Misa di Carmelite Chapel, Katedral St. Joseph dan Gereja Mater Dei,  Lutong.  Sila rujuk pada notis Gereja untuk jadual nya di pelbagai Gereja.


*Perhatian :Pengulas hanya mengumumkan tempat Gereja mereka masing-masing

    Tempat                                                 Tarikh                     Masa
Gereja Mater Dei, Lutong                  :     8hb – 9hb Disember        7.30 malam
Holy Spirit’s Chapel, Permyjaya         :   12hb – 13hb Disember      7.30 malam
St. Anthony’s Chapel, Tudan              :    14hb – 15hb Disember     7.30 malam
Kuala Baram, Chapel                         :   17hb Disember        7.30 malam
Holy Rosary Chapel, Piasau Utara      :   17hb Disember        7.30 malam
Katedral St. Joseph                            :   19hb – 21hb Disember    7.30 malam
Paroki St. Joseph, di pejabat paderi    :  19hb – 24hb Disember     9.00 pagi – 12.00 tengahari
&  2.30petang – 4.30 petang




4.  KRISMAS  KAROLING
Sesiapa yang ingin Krismas Karoling di rumah anda, sila ambil borang di pintu masuk Gereja, isi butiran dan masukkan kedalam kotak yang disediakan. Anda juga boleh mendaftar di pejabat paroki St. Joseph.Tarikh tutup adalah pada 3hb Disember.


5.  MISA KENYAH-KAYAN
Tempat :Gereja Mater Dei, Lutong
Tarikh  :Ahad, 4hb Disember    Masa :  11.00 pagi

6.  SERVIS PENYEMBUHAN DIKENDALIKAN OLEH FR. GINO HENRIQUIES
Tempat :Katedral St. Joseph
Tarikh   :  Selasa, 29hb November         Masa :  7.30 malam

Servis Penyembuhan ini adalah khas untuk mereka yang tidak berpeluang mengikuti
Persidangan Kerahiman (Mercy Conference).