29HB JANUARI, 2017 HARI MINGGU BIASA KEEMPAT - TAHUN A

1.   HARI RAYA PERSEMBAHAN TUHAN DAN PEMBERKATAN  LILIN
      Tarikh                   :   Khamis, 2hb Februari
      Tempat& Masa    :   Katedral St. Joseph jam 7.00 pagi
                                    :   Gereja Mater Dei, Lutong jam 6.30 pagi
                                    :   Chapel Carmelite jam 6.15 pagi

      Sila bawa bersama lilin untuk diberkati. 

2.  KURSUS  PERANCANG  KELUARGA  SEMULAJADI

      DALAM BAHASA MALAYSIA
      Tempat  :  Dewan Serbaguna St. Joseph
      Tarikh    :  Sabtu, 4hb Februari      Masa : 8.00 pagi – 1.00 petang

      DALAM BAHASA IBAN
      Tempat  :  Chapel St. Anthony, Pujut Corner
      Tarikh    :  Sabtu, 11hb Februari    Masa :  9.00 pagi – 1.30 petang
      Sila datang ke Pejabat Paroki untuk pendaftaran.

3.  KURSUS  PEMBAPTISAN  BAYI  DALAM  BAHASA  INGGERIS
     Tempat  :  Katedral St. Joseph
     Tarikh    :  5hb – 6hb Februari        Masa : 7.30 malam

     Bayi akan dibaptiskan pada hari Selasa, 7hb Februari, jam 5.30 petang.  Para ibu bapa dan wali
     yang ingin anak-anak mereka dibaptis adalah diseru untuk menghadiri kursus ini.

4.  KURSUS  PRA-PERKAHWINAN  DALAM  BAHASA  MALAYSIA
     Tempat  :  Bilik Persidangan St. Joseph
     Tarikh    :  Sabtu, 11hb Februari     Masa : 8.00 pagi – 5.00 petang

     Sila datang ke Pejabat Paroki untuk pendaftaran.

5.  MISA  KENYAH-KAYAN
      Tempat :  Gereja Mater Dei, Lutong
      Tarikh   :   Ahad, 5hb Februari       Masa :  11.00 pagi

       Semua adalah dijemput datang.

6.  MISA UNTUK ORANG SAKIT  PADA “HARI MEMPERINGATI  OUR LADY OF LOURDES”
     Tempat  :  Katedral St. Joseph
     Tarikh    :  Sabtu, 11hb Februari     Masa :  8.30 pagi

     Sila mendaftar mereka yang sakit ini dengan Pejabat Paroki untuk persediaan tempat duduk.
     Pengurapan orang sakit akan diadakan selepas Misa.  Tarikh tutup pendaftaran adalah pada hari
     Rabu, 8hb Februari.  Semua dijemput untuk menyertai dan memberi sokongan dengan doa.

7.  KURSUS  PENGUATAN  UNTUK  ORANG DEWASA  DALAM  BAHASA  INGGERIS

     Orang dewasa yang ingin menerima Sakramen Penguatan pada bulan Mei tahun ini, hendaklah  
     menghadiri kursus Pra-Penguatan untuk selama 4 minggu.  Hari pertama kursus ini akan diadakan
     pada 25hb Februari.  Sila mendaftar di Pejabat Paroki sebelum 19hb Februari. 
     Untuk keterangan lanjut, sila rujuk pada Notis Gereja.  Harap maklum.