8HB JANUARI, 2017 HARI RAYA PENAMPAKKAN TUHAN

1.  KURSUS  PRA-PENGUATAN  BAGI  PARA  REMAJA

     Para remaja yang lahir pada tahun 2002 atau terdahulu yang ingin menerima Sakramen
     Penguatan pada tahun 2017 hendaklah menghadiri kursus Penguatan ini.  Kelas bermula pada
     hari ini, Ahad, 8hb Januari dari jam 2.00 sehingga 3.30 petang bertempat di Katedral
     St. Joseph.

2.  SEKOLAH  MINGGU  -  SESI 2017

     Semua 9 buah Sekolah Minggu di Paroki St. Joseph akan bermula pada hari ini, Ahad, 8hb
     Januari di masing-masing  sekolah pada masa yang sama seperti biasa.  Harap maklum.

3.  SESI BELAJAR  ALKITAB  DI LUTONG

     Kita akan mengadakan sesi Belajar Alkitab dalam bahasa Inggeris di Lutong iaitu berkenaan
     buku “Para Nabi –  Perutusan Belas Kasihan Allah” dari 16hb January untuk selama 10 minggu.
     Untuk  Keterangan lanjut, sila rujuk pada Notis Gereja.

4.  SERVIS  DOA  GABUNGAN  BAGI  MINGGU PERPADUAN  KRISTIAN 

     Pada tahun ini, Servis Doa Gabungan bagi Minggu Perpaduan Kristian dianjurkan oleh Gereja
    kita.
    Tempat  :   Gereja St. Dominic dan Rosari, Taman Tunku
    Tarikh     :   Jumaat, 20hb Januari, 2017  
    Masa      :   7.30 malam
    Semua adalah dijemput datang  dan menyokong dalam doa untuk perpaduan dan perdamaian.

5.  KURSUS  PERANCANG  KELUARGA  SEMULAJADI  DALAM  BAHASA INGGERIS

     Tempat  :   Bilik Persidangan, Paroki St. Joseph
     Tarikh    :   Sabtu, 21hb Januari, 2017
     Masa     :   8.00 pagi – 12.30 tengah hari

     Sila datang ke pejabat Paroki St. Joseph untuk pendaftaran.