PENGAKUAN DOSA MUSIM ADVEN Sila rujuk pada notis Gereja untuk jadualnya di pelbagai Gereja.

12HB FEBRUARI, 2017 HARI MINGGU BIASA KE ENAM - TAHUN A

1.  MISA  ARWAH  GABUNGAN
     Misa Arwah Gabungan untuk Bulan Februari adalah pada hari Jumaat, 24hb Februari, jam
  7.00 pagi di Katedral St. Joseph.  Sesiapa yang ingin memberi Misa Arwah untuk kaum
  keluarga, saudara- mara dan mereka yang telah meninggal diminta mendaftar dengan Pejabat
  Paroki.  Tarikh tutup pendaftaran adalah pada hari Selasa, 21hb Februari.

2.  MISA KUDUS DAN ADORASI UNTUK HARI BERDOA UNTUK MALAYSIA 
     Tempat  :  Katedral St. Joseph
    :  Gereja Mater Dei, Lutong
    :  Chapel Carmelite
     Tarikh     :  Jumaat, 24hb Februari Masa :  7.30 malam – 10.00 malam

     Persidangan para Uskup Katolik akan mengadakan Sehari Berdoa Untuk Malaysia di seluruh Paroki dalam Malaysia.    Kita akan mengadakan Misa Kudus, pendedahan Sakramen Maha Kudus, dan berdoa.   Semua adalah digalakkan untuk menyertai dan berdoa untuk Malaysia.

3.  KURSUS  PENGUATAN  UNTUK  ORANG DEWASA  DALAM  BAHASA  INGGERIS

     Orang dewasa yang ingin menerima Sakramen Penguatan pada bulan Mei tahun ini, hendaklah  
     menghadiri kursus Pra-Penguatan untuk selama 4 minggu.  Hari pertama kursus ini akan diadakan
     pada 25hb Februari.  Sila mendaftar di Pejabat Paroki sebelum 19hb Februari.
     Untuk keterangan lanjut, sila rujuk pada Notis Gereja.  Harap maklum.

4.  SESI BELAJAR ALKITAB :  INJIL  DAN SURAT-SURAT YOHANES
  Sesi belajar Alkitab dikendalikan  oleh Bapa Uskup Richard Ng telahpun bermula pada  hari
  Khamis,  9hb Februari pada jam 7.30 malam di Dewan Maranatha, Merdeka Mall.  Semua
  dialu-alukan untuk menyertai dan mengetahui lebih lanjut mengenai Firman Allah.
  Perhatian,  tarikh akhir mendaftar adalah pada 16hb Februari.
  Sila datang ke Pejabat  Paroki untuk  pendaftaran.

5.  PRAYER  MEETING  DALAM BAHASA INGGERIS
  Tempat  :   St. Francis of Assisi Seminary Chapel
  Tarikh    :   Jumaat, 17hb Februari         Masa :  7.30 malam
  Marilah kita datang bersama-sama untuk memuji dan menyembah Tuhan.

6.  TERIMA KASIH
     St. Joseph Parish Life ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada  para umat yang telah murah hati menderma buah limau mandarin, kek, & biskut dan juga  mereka yang telah memberikan  bantuan  sempena Rumah Terbuka  Tahun Baru  Cina  Bapa Uskup dan para paderi.   Semoga Allah memberkati kemurahan hati anda.  Terima kasih.