19HB FEBRUARI, 2017 HARI MINGGU BIASA KE TUJUH - TAHUN A

1.  MISA  ARWAH  GABUNGAN 
     Misa Arwah Gabungan untuk Bulan Februari adalah pada hari Jumaat, 24hb Februari, jam
  7.00 pagi di Katedral St. Joseph.  Sesiapa yang ingin memberi Misa Arwah untuk kaum
  keluarga, saudara- mara dan mereka yang telah meninggal diminta mendaftar dengan Pejabat
  Paroki. Tarikh tutup pendaftaran adalah pada hari Selasa, 21hb Februari.

2.  MISA KUDUS DAN ADORASI UNTUK HARI BERDOA UNTUK MALAYSIA
 Tempat  :  Katedral St. Joseph
    :  Gereja Mater Dei, Lutong
    :  Chapel Carmelite
     Tarikh     :  Jumaat, 24hb Februari    Masa : 7.30 malam – 10.00 malam

     Persidangan para Uskup Katolik akan mengadakan Sehari Berdoa Untuk Malaysia di seluruh
     Paroki dalam Malaysia.    Kita akan mengadakan Misa Kudus, pendedahan Sakramen Maha
     Kudus, dan berdoa.   Semua adalah digalakkan untuk datang dan berdoa untuk keamanan,
     keadilan, keagamaan dan keharmonian bangsa dalam Negara kita.  

Diumumkan di Gereja Mater Dei, Lutong: Misa Harian pada hari Rabu, 22hb Februari akan diadakan pada jam 6.30 pagi.

3.  HARI  RABU  ABU
     Pada tahun ini, Hari Rabu Abu jatuh pada 1hb Mac.  Ianya adalah satu hari berpuasa dan
     berpantang.  Misa Kudus dengan pengenaan abu pada Hari Rabu Abu.  Sila rujuk pada Notis  
     Gereja untuk mengetahui jadual di Gereja masing-masing.

Perhatian :  Pengulas hanya mengumumkan di Gereja masing-masing seperti berikut:

  Katedral St. Joseph :  6.15 pagi dalam Bahasa Mandarin
:  7.30 pagi dalam Bahasa Inggeris
:  5.30 petang dalam Bahasa Inggeris

 Chapel Carmelite :  6.15 pagi dalam Bahasa Inggeris

 Gereja Mater Dei, Lutong :  6.30 pagi dalam Bahasa Inggeris
:  7.30 malam dalam Bahasa Iban

Chapel Holy Spirit, Peermyjaya   :  7.30 malam dalam Bahasa Malaysia

Chapel St. Anthony of Padua, Tudan :  7.30 malam dalam Bahasa Malaysia

Holy Hour dibatalkan pada hari tersebut.  Harap maklum.

4.  SERVIS  JALAN  SALIB
      Servis Jalan Salib akan diadakan pada setiap hari Jumaat , sepanjang musim Prapaska bermula
      pada hari Jumaat, 3hb Mac.  Jadual Servis Jalan Salib adalah seperti berikut:

   Katedral St. Joseph    :  12.15 tengahari dalam Bahasa Mandarin
  :    5.45 petang  dalam Bahasa Inggeris
  :    7.30 malam dalam Bahasa Malaysia

   Gereja Mater Dei, Lutong  :   5.30 petang dalam Bahasa Inggeris
   :   7.30 malam dalam Bahasa Iban

   Chapel St. Anthony of Padua, Tudan :   6.00 petang dalam Bahasa Malaysia


5.  BARANGAN  KITAR  SEMULA

     Tempat :  Di bawah pokok , di hadapan Rumah Paderi
     Tarikh   :  Sabtu, 25hb Februari           Masa :  2.00 – 4.00 petang
     Barangan kitar semula seperti :  bateri lama, suratkhabar, botol plastic, kontener dan sebagainya
     amatlah dialu-alukan.