PENGAKUAN DOSA MUSIM ADVEN Sila rujuk pada notis Gereja untuk jadualnya di pelbagai Gereja.

26HB FEBRUARI, 2017 HARI MINGGU BIASA KE LAPAN - TAHUN A

1.  HARI  RABU  ABU
     Pada tahun ini, Hari Rabu Abu jatuh pada 1hb Mac.  Ianya adalah satu hari berpuasa dan
     berpantang.  Misa Kudus dengan pengenaan abu pada Hari Rabu Abu.  Sila rujuk pada Notis  
     Gereja untuk mengetahui jadual di Gereja masing-masing.

  Katedral St. Joseph :  6.15 pagi dalam Bahasa Mandarin
:  7.30 pagi dalam Bahasa Inggeris
:  5.30 petang dalam Bahasa Inggeris


 Chapel Carmelite :  6.15 pagi dalam Bahasa Inggeris


 Gereja Mater Dei, Lutong :  6.30 pagi dalam Bahasa Inggeris
:  7.30 malam dalam Bahasa Iban


Chapel Holy Spirit, Permyjaya   :  7.30 malam dalam Bahasa Malaysia


Chapel St. Anthony of Padua, Tudan :  7.30 malam dalam Bahasa Malaysia

Holy Hour dibatalkan pada hari tersebut.  Harap maklum.

2.  SERVIS  JALAN  SALIB
      Servis Jalan Salib akan diadakan pada setiap hari Jumaat , sepanjang musim Prapaska bermula
      pada hari Jumaat, 3hb Mac.  Jadual Servis Jalan Salib adalah seperti berikut:


   Katedral St. Joseph   :  12.15 tengahari dalam Bahasa Mandarin
  :    5.45 petang  dalam Bahasa Inggeris
  :    7.30 malam dalam Bahasa Malaysia


   Gereja Mater Dei, Lutong    :   5.30 petang dalam Bahasa Inggeris
   :   7.30 malam dalam Bahasa Iban


   Chapel St. Anthony of Padua, Tudan :   6.00 petang dalam Bahasa Malaysia

3.  KURSUS  PEMBAPTISAN  BAYI  DALAM  BAHASA  IBAN
     Tempat  :  Gereja Mater Dei, Lutong
     Tarikh    :  12hb – 13hb Mac   Masa : 7.30 malam

     Bayi akan dibaptiskan pada hari Selasa, 14hb Mac, jam 5.30 petang.  Para ibu bapa dan wali
     yang ingin anak-anak mereka dibaptis adalah diseru untuk menghadiri kursus ini.

4.  RETRET  PRAPASKA 2017

     Paroki Katedral akan mengadakan Retret Prapaska dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia
     dan Mandarin pada hujung minggu 25hb-26hb Mac di tiga lokasi yang berbeza di Miri.
     Retret ini adalah terbuka kepada semua umat yang ingin mendalami perhubungan dengan
     Tuhan.  Sila jangan lepaskan peluang ini untuk mengukuh dan mengembangkan dalam
     kehidupan rohani kita.  Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut dan mendaftar di pintu
     masuk Gereja.  Harap maklum.