5HB FEBRUARI, 2017 HARI MINGGU BIASA KE LIMA - TAHUN A

1.  KURSUS  PEMBAPTISAN  BAYI  DALAM  BAHASA  INGGERIS 
     Tempat :  Katedral St. Joseph Tarikh :  5hb – 6hb Februari      Masa : 7.30 malam

     Bayi akan dibaptiskan pada hari Selasa, 7hb Februari, jam 5.30 petang.  Para ibu bapa dan wali
     yang ingin anak-anak mereka dibaptis adalah diseru untuk menghadiri kursus ini.

2.  MISA UNTUK ORANG SAKIT  PADA “HARI MEMPERINGATI  OUR LADY OF LOURDES”
 Tempat  :  Katedral St. Joseph
Tarikh    :  Sabtu, 11hb Februari Masa :  8.30 pagi

 Sila mendaftar mereka yang sakit ini dengan Pejabat Paroki untuk persediaan tempat duduk.
     Pengurapan orang sakit akan diadakan selepas Misa.  Tarikh tutup pendaftaran adalah pada hari
     Rabu, 8hb Februari.  Semua dijemput untuk menyertai dan memberi sokongan dengan doa.

3.  KURSUS  PERANCANG  KELUARGA  SEMULAJADI

  DALAM BAHASA IBAN
      Tempat  :  Chapel St. Anthony, Pujut Corner
      Tarikh    :  Sabtu, 11hb Februari Masa :  9.00 pagi – 1.30 petang

      DALAM BAHASA MANDARIN
      Tempat  :  Rumah Lama Paderi, St. Joseph
      Tarikh    :  Ahad, 19hb Februari Masa  :  9.00 pagi – 1.30 petang
 
      Sila datang ke Pejabat Paroki untuk pendaftaran.

4.  KURSUS  PRA-PERKAHWINAN  DALAM  BAHASA  MALAYSIA
     Tempat  :  Bilik Persidangan St. Joseph
  Tarikh    :  Sabtu, 11hb Februari Masa : 8.00 pagi – 5.00 petang

     Sila datang ke Pejabat Paroki untuk pendaftaran.

5.  KURSUS  PENGUATAN  UNTUK  ORANG DEWASA  DALAM  BAHASA  INGGERIS

     Orang dewasa yang ingin menerima Sakramen Penguatan pada bulan Mei tahun ini, hendaklah  
     menghadiri kursus Pra-Penguatan untuk selama 4 minggu.  Hari pertama kursus ini akan diadakan
     pada 25hb Februari.  Sila mendaftar di Pejabat Paroki sebelum 19hb Februari.
     Untuk keterangan lanjut, sila rujuk pada Notis Gereja.  Harap maklum.

6.  MISA KUDUS DAN ADORASI UNTUK HARI BERDOA UNTUK MALAYSIA
     Tempat   :  Katedral St. Joseph
:  Gereja Mater Dei, Lutong
:  Chapel Carmelite
     Tarikh :  Jumaat, 24hb Februari Masa :  7.30 malam – 10.00 malam

     Persidangan para Uskup Katolik akan mengadakan Sehari Berdoa Untuk Malaysia di seluruh
     Paroki dalam Malaysia.    Kita akan mengadakan Misa Kudus, pendedahan Sakramen Maha Kudus,
     dan berdoa.   Semua adalah digalakkan untuk menyertai dan berdoa untuk Malaysia.

7.  SESI BELAJAR ALKITAB :  INJIL  DAN SURAT-SURAT YOHANES
  Sesi belajar Alkitab dikendalikan  oleh Bapa Uskup Richard Ng akan bermula pada  hari Khamis,  
  9hb Februari pada jam 7.30 malam di Dewan Maranatha, Merdeka Mall.  Semua dialu-alukan
  untuk menyertai dan mengetahui lebih lanjut mengenai Firman Allah.  Sila datang ke Pejabat
  Paroki untuk pendaftaran.