19HB MAC, 2017 MINGGU PRAPASKA KETIGA - TAHUN A

1.  PERAYAAN  SANTO  JOSEPH 
      Tempat :  Katedral St. Joseph
      Tarikh    :  Isnin, 20hb Mac      Masa :  7.30 malam
         Semua adalah digalakkan untuk mengikuti Misa ini dan berdoa bagi Paroki kita.
         Jamuan ringan diadakan selepas Misa selesai.  Misa pagi di Katedral dibatalkan pada hari
         tersebut.

2.  RETRET  PRAPASKA 2017
     Paroki Katedral akan mengadakan Retret Prapaska dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia
     dan Mandarin pada hujung minggu 25hb-26hb Mac di tiga lokasi yang berbeza di Miri seperti
     berikut:

Dewan Sekolah Menengah St. Joseph, Jalan Brighton :  Dalam Bahasa Inggeris
Chapel Harian, Gereja Mater Dei, Lutong                       :  Dalam Bahasa Malaysia
Dewan Piasau Kindergarten                                    :  Dalam Bahasa Mandarin

        Untuk keteragan lanjut, sila hubungi Pejabat Paroki.  Tarikh tutup adalah hari Isnin, 20hb Mac.

3.  SEMINAR KANAK-KANAK DALAM BAHASA MALAYSIA DARI 10 -12 TAHUN
     Tempat :  St. Francis of Assisi’s Chapel, Jalan Brighton
     Tarikh   :  21hb – 24hb Mac
      Pendaftaran :  Selasa, 21hb Mac      Masa :  7.00 pagi
      Yuran Pendaftaran :  RM25.00

4.  “24 JAM UNTUK TUHAN”
      Tempat :  Carmelite’s Chapel, Jalan Brighton
      Tarikh & Mas:
      -  Bermula pada hari Jumaat, 31hb Mac,  jam 12.00 tengahari dengan Misa Pembukaan
      -  Berakhir pada hari Sabtu, 1hb April, jam 12.00 tengahari dengan Misa Penutupan
 
 Semua adalah digalakkan untuk datang dan meluangkan masa bersama Tuhan dalam doa dan
     penyembahan.  Sila rujuk pada Notis Gereja untuk mengetahui program tersebut.

5.  PENGAKUAN DOSA MUSIM PRAPASKA
     Pengakuan dosa musim Prapaska akan bermula pada hari Isnin, 27hb Mac.   Pengakuan juga diadakan
     selepas Misa Harian di Chapel Carmelite, Katedral St. Joseph dan Gereja Mater Dei, Lutong.
     Sila rujuk pada Notis Gereja .
 Nota :  Para pengulas hanya mengumumkan di Gereja masing-masing.

            Tempat                                            Tarikh           Masa
  Holy Spirit’s Chapel, Permyjaya   :  27hb - 28hb Mac     7.00 malam
  St. Anthony of Padua, Tudan         :  29hb - 30hb Mac     7.00 malam
 Gereja Mater Dei, Lutong             :  3hb - 4hb April         7.00 malam
Katedral St. Joseph                        :  6hb - 8hb April        7.00 malam    

6.  KURSUS PRA-ERKAHWINAN DALAM BAHASA INGGERIS
     Tempat :  Gereja Mater Dei, Lutong       Tarikh :  1hb & 2hb April
      Sila datang ke Pejabat Paroki St. Joseph untuk pendaftaran.

7.  SEMINAR  KHAS  TENTANG  SEKSUALITI  MANUSIA
Pusat Perkhidmatan Manusia (HLS) akan menganjur sebuah Seminar Khas tentang Seksualiti Manusia dan isu-isu yang berkaitan seperti berikut:
Tempat :  Hotel Park City Everly, Miri        Tarikh :  20hb – 21hb April
Pendaftaran akan diadakan pada Minggu hadapan, 25hb Mac selepas Misa.

8.  KARNIVAL  PASKA  2017
Tempat :  Gereja Mater Dei, Lutong
Tarikh   :  Sabtu, 22hb April Masa :  7.30 pagi – 9.30 malam

Tiket-tiket boleh diperolehi selepas Misa.  Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun adalah percuma.  Hasilnya akan disalur ke Wisma St. Joseph.  Semua ahli keluarga adalah dijemput datang dan sama-sama berkongsi kegembiraan Paska.

9. SEKOLAH MINGGU BAHASA INGGERIS BAHAGIAN MIRI
Sekolah Minggu Bahasa Inggeris bahagian Miri dibatalkan pada hari ini, Ahad, 19hb Mac.
   Ini adalah kerana Tadika St. Joseph sedang dibaikpulih. Harap maklum.

10.  JUALAN BARANGAN 
Jualan untuk kutipan dana di Katedral pada hari ini adalah untuk Gereja baru Bekenu.  Semua barangan adalah dari Singapura, seperti pakaian kanak-kanak dan dewasa, beg, alat-alat tulis dan rosari.   Sila menyokong sambil membeli.  Terima kasih.