16HB APRIL, 2017 - MINGGU PASKA HARI RAYA KEBANGKITAN TUHAN

1.  PEMBATALAN MISA PAGI
     Disebabkan para paderi mengadakan temasya tahunan, Misa Pagi dan Holy Hour di      
     Katedral St. Joseph dan Gereja Mater Dei, Lutong pada hari Selasa, 18hb dan Rabu, 19hb
     April dibatalkan.  Misa Pagi di Chapel Carmelite diadakan seperti biasa.

2.  KARNIVAL PASKA 2017
     Tempat :  Perkarangan Gereja Mater Dei, Lutong
     Tarikh    :  Sabtu, 22hb April
     Masa     :  7.30 malam – 9.30 malam
     Tema     :  “ Kemenangan”  -  1 Korintus 15:55-57

     Tiket-tiket berharga RM20.00 boleh diperolehi.   Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun  
     adalah percuma.  Hasil jualan disalur ke Dana Pembinaan Wisma St. Joseph.
     Semua ahli keluarga dijemput datang untuk berkongsi kegembiraan Paska.

3.  KELAS BARU  RCIA  ( UPACARA INISIASI KRISTIAN  UNTUK ORANG DEWASA ) 
     SESI 2017 - 2018
 Kelas baru RCIA akan bermula pada Minggu Kedua Paska ( iaitu 24/4 – 29/4 ).  RCIA   adalah persiapan untuk mereka yang akan menerima sakramen seperti Pembaptisan, Penguatan dan Ekaristi.  Kita menggalakkan semua yang berminat untuk menyertai Gereja kita untuk datang mendaftar.  Sila rujuk pada Notis Gereja untuk keterangan lanjut.

4.  “CHOICE” DALAM  BAHASA MALAYSIA ( UNTUK PEKERJA DEWASA YANG  SINGLE )
      Tempat :  Gereja Mater Dei, Lutong
      Tarikh    :  5hb – 7hb Mei
      Masa     :  Bermula pada hari Jumaat, 5hb Mei, jam 6.00 petang
      Program ini adalah untuk mereka yang ingin mencari untuk mendalami perhubungan
      dengan Tuhan.  Sila rujuk pada Notis Gereja untuk keterangan lanjut.

5.  PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 
Lembaga Pengurusan Tadika Katolik menjemput para graduan SPM yang berminat untuk menyertai Program Diploma dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak dengan Universiti HELP di Miri. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk pada Notis Gereja.