30HB APRIL, 2017 MINGGU PASKA KETIGA

1.  KURSUS  PERANCANG  KELUARGA SEMULAJADI DAN PRA-PERKAHWINAN  
     DALAM BAHASA MALAYSIA
    Tempat :  Dewan Serbaguna St. Joseph

    Untuk Kursus Perancang Keluarga Semulajadi :
    Tarikh  :  Sabtu, 6hb Mei       Masa :  8.00 pagi – 1.00 petang

    Untuk Kursus Pra-Perkahwinan :
    Tarikh : Sabtu, 13hb Mei      Masa :  8.00 pagi – 5.00 petang
    Sila datang ke pejabat Paroki St. Joseph untuk pendaftaran.

2.  PERARAKAN  CAHAYA  LILIN  ROSARI  
     Datanglah!  Berdoa Rosari dengan Perarakan Cahaya Lilin untuk menghormati
      “Our Lady  of Fatima”.
     Tempat  :  Di Grotto, Gereja Mater Dei, Lutong
     Tarikh    :  Bermula hari Sabtu, 6hb Mei dan setiap Sabtu dalam bulan Mei
     Masa      :  7.00 malam

3.  MISA  KENYAH  KAYAN
     Tempat  :  Gereja Mater Dei, Lutong
     Tarikh    :  Ahad, 7hb Mei    Masa : 11.00 pagi.
     Semua adalah dijemput datang.

4.  JUALAN  MAKANAN
     Holy Spirit’s Chapel, Permyjaya akan mengadakan Jualan Makanan seperti berikut:
     Tempat :  Perkarangan Katedral St. Joseph
     Tarikh    :  Ahad, 7hb Mei    Masa : 7.00 pagi – 1.00 petang
      Semua hasil Jualan akan disalurkan ke Dana  Pembinaan Wisma St. Joseph.
      Sila sokong dengan murah hati.

5.  KURSUS PEMBAPTISAN BAYI DALAM BAHASA MALAYSIA
     Tempat :  Katedral St. Joseph
     Tarikh    :  14hb – 15hb Mei Masa :  7.30 malam
     Bayi akan dibaptiskan pada hari Selasa, 16hb Mei jam 5.30 petang di Katedral St. Joseph.
     Para ibu bapa dan wali yang ingin anak-anak mereka dibaptiskan hendaklah menghadiri sesi
     kursus tersebut.

6.  RALLY MUDA-MUDI 2017
      Tempat  :  Hotel Imperial, Ballroom, Miri
      Tarikh     :  25hb – 27hb Jun
      Sumbangan Kemasukan   :  RM50.00
      Tarikh tutup pendaftaran :  15hb Jun

      Rally ini terbuka kepada para remaja yang berusia 13-19 tahun.  Pendaftaran bermula hari ini
      di setiap Misa Kudus.  Sila ambil perhatian bahawa Paroki Miri hanya memperuntukkan 600
      tempat  duduk sahaja.  Penyertaan pada saat-saat terakhir dan pendaftaran pada hari tersebut
      tidak  akan diterima.  Harap maklum.

7.  UCAPAN TERIMA KASIH
      Pihak Komiti Muda-Mudi FIAT dan Light Youth Tudan ingin merakam ribuan terima kasih
      kepada para umat paroki atas kemurahan hati menyokong Karnival Paska baru-baru ini, di
      mana ia telah berjaya mengutip sejumlah RM15,887.39 untuk Dana Pembinaan Wisma
      St. Joseph.  Terima kasih.

8.  PERSIDANGAN WANITA KATOLIK MALAYSIA TIMUR KE – 9
     Tempat  :  Pace Bene FSIC Formation Center, Purak, Papar, Sabah
      Tarikh    :  26hb – 30hb Ogos 2017
      Masa     :  Pendaftaran bermula pada 26hb Ogos, jam 2.00 petang
     Tema      :  “Cabaran Keluarga Katolik Pada Masa Kini”
     Yuran     :  RM500.00 seorang ( Ini termasuk pengangkutan dari lapangan terbang KK ke Papar
                                                              dan kembali ke KK, makanan serta penginapan )
 
     Dimaklumkan hanya 20 tempat duduk sahaja yang diperuntukkan kepada Diosis Miri dan acara
     ini adalah sekali dalam tiga tahun.
    Sila mendaftar di pejabat Paroki St. Joseph sebelum 6hb Mei.