14HB MEI, 2017 - MINGGU PASKA KE LIMA

1.  JUALAN BUNGA  SEMPENA HARI IBU
     Jambangan bunga dijual hari ini di perkarangan Katedral St. Joseph, Gereja Mater Dei, Lutong
     dan Carmelite’s Chapel.   Hasil jualan akan disalurkan ke Wisma St. Joseph.
     Sila sokong dengan murah hati.

2.  MISA  KESYUKURAN  GAWAI 
     Misa Kesyukuran Gawai akan diadakan pada hari Jumaat, 19hb Mei, jam 8.00 malam di  
     Katedral St. Joseph.  Jamuan Kesyukuran diadakan selepas Misa, sila bawa makanan untuk
     dikongsi bersama.  Semua adalah digalakkan untuk mengikuti Misa Gawai ini dan memberi
     syukur kepada Tuhan.

3.  JUALAN BARANGAN “THRIFT SHOP” 
     The society of St. Vincent de Paul akan menganjurkan Jualan Barangan “Thrift Shop” untuk projek amal dan aktiviti lain.
     Tempat :  Katedral St. Josseph
     Tarikh    :  Ahad, 21hb  Mei               Masa :  7.00 pagi hingga 1.00 petang
     Sila sokong dengan murah hati.

4.  HARI RAYA KENAIKAN TUHAN, KHAMIS, 25HB MEI
     Jadual Misa adalah seperti berikut:
     Carmleite’s Chapel   :  6.15 pagi dalam Bahasa Inggeris

     Katedral St. Joseph   :  6.15 pagi dalam Bahasa Mandarin
    :  7.30 pagi dalam Bahasa Inggeris
  :  6.00 petang dalam Bahasa Inggeris

     Gereja mater Dei, Lutong   :  6.15 pagi dalam Bahasa Inggeris
            :  7.30 pagi dalam Bahasa Malaysia
:  6.00 petang dalam Bahasa Iban

     St. Anthony of Padua’s Chapel, Tudan :   6.00 petang dalam Bahasa Malaysia

5.  CERAMAH  KESEDARAN  KESIHATAN
      Dr. Uma Dewi, seorang pesara pegawai Perubatan dari Hospital Umum Miri akan memberi
      ceramah tentang pemakanan berkaitan sistem imun khusus mensasarkan kepada penyakit
      jantung dan kanser terutama di kalangan generasi muda.
     Tempat  :   Dewan Maranatha, Merdeka Mall
     Tarikh    :  Jumaat, 26hb Mei Masa :  7.30 malam – 9.30 malam
     Ceramah tersebut adalah percuma dan terbuka kepada semua.  Ia akan dikendalikan dalam
     Bahasa Inggeris.

6.  MISA  MANDARIN  DI TAMAN TUNKU
     Bermula pada 11hb Jun, 2017, Misa dalam Bahasa Mandarin diadakan setiap hari Minggu, jam
     7.00 pagi di Chapel, Gereja St. Dominic dan Rosary, Taman Tunku.  Semua adalah dijemput datang.

7.  UCAPAN TERIMA KASIH
      Dana yang diperolehi daripada jualan makanan yang dianjurkan oleh Holy Spirit Chapel,
      Premyjaya minggu lepas disalur ke tabung pembinaan Wisma St.Joseph adalah RM6008.00.
      Terima kasih atas sokongan anda yang murah hati.