21HB MEI, 2017 - MINGGU PASKA KE ENAM

1.  SERVIS  DOA  HARI  GURU 
     Tempat :  Gereja St. Columba
     Tarikh   :  Ahad, 21hb Mei         Masa :  7.30 malam
     Para umat, khasnya guru-guru adalah dijemput datang ke Servis Doa yang dikendalikan oleh Persatuan Gereja-Gereja Sarawak.

2.   JUALAN BARANGAN “THRIFT SHOP”  (Umumkan hingga Misa Muda-Mudi sahaja)
     The society of St. Vincent de Paul mengadakan Jualan Barangan “Thrift Shop” di perkarangan
     Katedral St. Joseph hari ini ( 21hb Mei) .  Ini adalah untuk mengumpul dana bagi projek amal dan
     aktiviti- aktiviti lain.  Sila sokong dengan murah hati.

3.  HARI RAYA KENAIKAN TUHAN, KHAMIS, 25HB MEI
     Jadual Misa adalah seperti berikut:
     Carmleite’s Chapel   :  6.15 pagi dalam Bahasa Inggeris

     Katedral St. Joseph   :  6.15 pagi dalam Bahasa Mandarin
    :  7.30 pagi dalam Bahasa Inggeris
  :  6.00 petang dalam Bahasa Inggeris

     Gereja mater Dei, Lutong   :  6.15 pagi dalam Bahasa Inggeris
            :  7.30 pagi dalam Bahasa Malaysia
:  6.00 petang dalam Bahasa Iban

     St. Anthony of Padua’s Chapel, Tudan :   6.00 petang dalam Bahasa Malaysia

4.   MISA  ARWAH  GABUNGAN  
      Misa Arwah Gabungan untuk Bulan Meil adalah pada hari Jumaat, 26hb Mei, jam 7.00 pagi di Katedral St. Joseph.  Sesiapa yang ingin memberi Misa Arwah untuk kaum keluarga, saudara-mara dan mereka yang telah meninggal diminta mendaftar dengan Pejabat Paroki.            
     Tarikh tutup pendaftaran adalah pada hari Selasa, 23hb Mei.

5.  CERAMAH  KESEDARAN  KESIHATAN 
      Dr. Uma Devi, seorang pesara pegawai Perubatan dari Hospital Umum Miri akan memberi
      ceramah tentang pemakanan berkaitan sistem imun khusus mensasarkan kepada penyakit
      jantung dan kanser terutama di kalangan generasi muda.
     Tempat  :   Dewan Maranatha, Merdeka Mall
     Tarikh    :   Jumaat, 26hb Mei         Masa :  7.30 malam – 9.30 malam
     Ceramah tersebut adalah percuma dan terbuka kepada semua.  Ia akan dikendalikan dalam
     Bahasa Inggeris.

6.  BARANGAN KITAR SEMULA
     Tempat  :  Di bawah pokok, di hadapan Rumah Paderi, Katedral St. Joseph
     Tarikh     :  Sabtu, 27hb Meil Masa :  2.00 – 4.00 petang
     Barangan kitar semula seperti : surat khabar lama, kotak, CD, tin dan botol plastic, serta
     kontener dan sebagainya.

7.  KURSUS PEMBAPTISAN BAYI DALAM BAHASA INGGERIS
     Tempat :  Katedral St. Joseph
     Tarikh    :  4hb – 5hb Jun   Masa :  7.30 malam
     Bayi akan dibaptiskan pada hari Selasa, 6hb Jun jam 5.30 petang di Katedral St. Joseph.  Para ibu
     bapa dan wali yang ingin anak-anak mereka dibaptiskan hendaklah menghadiri sesi kursus tersebut.

8.  MISA  MANDARIN  DI TAMAN TUNKU
     Bermula pada 11hb Jun, 2017, Misa dalam Bahasa Mandarin diadakan setiap hari Minggu, jam
     7.00 pagi di Chapel, Gereja St. Dominic dan Rosary, Taman Tunku.  Semua adalah dijemput datang.

9.  KEMPEN DERMA DARAH
      Persatuan Gereja-Gereja Cawangan Miri Sarawak akan menganjurkan Kempen Derma Darah semasa bulan Ramadan dan merayu para penderma darah untuk menyokong projek ini.
      Tempat :   Tingkat 3, Boulevard Shopping Mall
      Tarikh   :   17hb Jun 2017         Masa: 9.30 pagi - 12.30 tengahari
      Pra-pendaftaran akan diadakan untuk para penderma berpotensi di pintu masuk Gereja selepas Misa.
      Tarikh tutup pendaftaran pra ialah 12hb Jun 2017.

10.  RUMAH  TERES  TAMAN TUNKU
       Gereja mempunyai 9 unit rumah teres satu tingkat untuk disewa di Taman Jelita Taman Tunku.
       Sila hubungi pejabat Bishop untuk maklumat lanjut.

11.  UCAPAN  TERIMA  KASIH
       Kumpulan Gubahan Bunga dari Katedral St. Joseph ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua umat atas kemurahan menyokong dalam jualan bunga minggu lepas.
       Hasil jualan berjumlah RM 14,045.00  disalurkan ke Tabung Pembinaan Wisma St. Joseph.
      Terima kasih dan Tuhan memberkati anda semua.