PENGAKUAN DOSA MUSIM ADVEN Sila rujuk pada notis Gereja untuk jadualnya di pelbagai Gereja.

11HB JUN, 2017 HARI RAYA TRITUNGAL MAHA KUDUS

1.  PEMBERSIHAN DI TANAH  PERKUBURAN  LAMBIR
                                               
Tarikh : Sabtu, 17hb Jun                                          Masa  :  8.00 pagi – 12.00 tengahhari
Perkakas yang perlu dibawa seperti : cangkul, penyeduk, penyapu, plastik sampah dan lain-lain.

Anda dan sekeluarga dijemput untuk datang dan menyertai dalam kerja-kerja rohani ini.  Sila bawa, air minuman, sarung tangan dan pakai kasut yang sesuai.

2.  MISA KHAS UNTUK GURU-GURU KATOLIK KEUSKUPAN MIRI   
     Tempat :  Gereja St. Dominic dan Rosary, Taman Tunku
     Tarikh   :  Sabtu, 17hb Jun           Masa  :  9.00 pagi
     Misa ini akan dirayakan oleh Bapa Uskup Richard Ng.  Semua guru dijemput hadir dan digalakkan untuk menghadiri Misa tersebut.  Umat dijemput untuk menyokong guru-guru Katolik kita.

3.  KEMPEN DERMA DARAH – PERSATUAN GEREJA-GEREJA SARAWAK
     Tempat :  Tingkat 3, Boulevard Shopping Mall
     Tarikh    :  17hb Jun 2017          
     Masa     :   9.30 pagi - 12.30 tengahari
     Hari ini adalah hari terakhir untuk mendaftar.

4.  KURSUS  PEMBAPTISAN  BAYI  DALAM BAHASA IBAN
     Tempat  :  Gereja Mater Dei, Lutong  Tarikh    :   18hb – 19hb Jun                Masa : 7.30 malam
     Bayi akan dibaptiskan pada hari Selasa, 20hb Jun jam 5.30 petang di Gereja Mater Dei, Lutong.
     Para Ibu Bapa dan Wali yang ingin anak-anak mereka dibaptiskan haruslah menghadiri kursus ini.

5.   PERARAKAN KORPUS KRISTI
      Tempat          : Katedral St. Joseph
      Tarikh             : Ahad, 18hb Jun                               Masa     : selepas Misa jam 5.30 petang
Perarakan Korpus Kristi akan diadakan untuk merayakan Perayaan Tubuh dan Darah Kristus.  Perarakan akan mulai dari Katedral ke Wisma Pelita dan berpatah balik ke Katedral semula.  Semua umat paroki digalakkan datang dan menyertai perarakan tersebut. Sila bawa bersama rosari dan lilin anda dengan pemegang.
NOTA : kita perlu memberi laluan kepada perarakan, tempat letak kereta tidak dibenarkan di sepanjang jalan utama dari Jalan Wisma Pelita bulatan ke Jalan Angsana. (Jalan masuk Katedral)
sila bekerjasama dengan RELA dan warden.

6.   Kelas Alkitab - Surat ST. Paul
Modul baru untuk Kelas Alkitab dijalankan oleh Bapa Uskup - surat St. Paul akan bermula pada 20hb Julai. Pendaftaran untuk kelas ini berakhir pada 9 Julai. Sila mendaftar di Pejabat Paroki.

7.   PERSIDANGAN DALAM KEHIDUPAN ROH
Tarikh         : 31hb Ogos – 2hb September 2017                  Tempat               : Imperial Hotel Ballroom
Speaker     : Fr. Gino Henriques                                                 Kemasukan Sumbangan  : RM 80
Persidangan ini terbuka kepada sesiapa yang berminat untuk mengalami kuasa Roh Kudus dan tumbuh lebih mendalam dalam kehidupan rohani mereka. Pendaftaran akan dijalankan selepas Misa hari ini.

8. JUALAN  MAKANAN
Jawatankuasa St. Anthony of Padua Chapel Tudan menganjurkan jualan makanan hari ini di perkarangan Katedral St.Joseph untuk mengutip dana dan membina gereja baru.

Sila menyokong dengan murah hati.