PENGAKUAN DOSA MUSIM ADVEN Sila rujuk pada notis Gereja untuk jadualnya di pelbagai Gereja.

18HB JUN, 2017 HARI RAYA TUBUH DAN DARAH KRISTUS – TAHUN A

1.     KURSUS  PRA-PERKAHWINAN : 1HB  DAN  2HB JULAI

     Dalam Bahasa Mandarin
     Tempat :  Rumah Lama Paderi     Masa :  9.00 pagi – 1.00 petang

     Dalam Bahasa Inggeris
     Tempat :  Gereja Mater Dei, Lutong
     Masa     :  7.30 pagi – 6.30 petang (Sabtu)  dan 1.30 petang – 5.30 petang (Ahad)
     Sila datang ke pejabat Paroki St. Joseph untuk pendaftaran.

2.  MISA KHAS UNTUK GURU-GURU KATOLIK KEUSKUPAN MIRI   
     Tempat :  Gereja St. Dominic dan Rosary, Taman Tunku
     Tarikh   :  Sabtu, 1hb Julai           Masa  :  9.00 pagi
     Dimaklumkan bahawa Misa telah ditunda ke hari Sabtu, 1hb Julai, bukannya 17hb Jun.   Semua guru dijemput hadir dan digalakkan untuk menghadiri Misa tersebut.  Umat dijemput untuk menyokong guru-guru Katolik kita.

3.   Kelas Alkitab - Surat ST. Paul
      Modul baru untuk Kelas Alkitab dijalankan oleh Bapa Uskup - Surat St. Paul akan bermula pada 20hb
      Julai. Pendaftaran untuk kelas ini berakhir pada 9 Julai.  Sila mendaftar di Pejabat Paroki.

4.   PERSIDANGAN  DALAM  KEHIDUPAN  ROH

      Tempat :  Imperial Hotel Ballroom
      Tarikh  :  31hb Ogos – 2hb September 2017       
      Speaker :  Fr. Gino Henriques                                             
      Kemasukan Sumbangan  :  RM 80
      Persidangan ini terbuka kepada sesiapa yang berminat untuk mengalami kuasa Roh Kudus dan tumbuh    
      lebih mendalam dalam kehidupan rohani mereka.  Pendaftaran akan dijalankan selepas Misa hari ini.

5.  PERARAKAN  KORPUS  KRISTI
     Perarakan Korpus Kristi akan diadakan petang ini selepas Misa 5.30 petang.  Sila ambil perhatian :
a.        Semua yang ingin menyertai perarakan dan tidak mengikuti Misa Petang, sila berkumpul di Katedral St. Joseph sebelum 6.00 petang.  Warden Gereja  akan menghimpun anda dengan kumpulan anda masing-masing.
b.      Bawa rosari dan lilin berserta pemegang.
c.       Parking tidak dibenarkan di sepanjang jalan utama dari Bulatan Pelita ke Jalan Angsana.  Anda boleh meletakkan kenderaan anda di tempat letak kereta di Sekolah Rendah St. Joseph, UTC dan di hadapan pejabat Residen.  Sila beri kerjasama dan ikut arahan para RELA  dan Warden Gereja yang bertugas.
d.      Apabila perarakan bergerak, lagu-lagu akan dinyanyikan dan setiap perhentian kita berdoa satu peristiwa Rosari dalam bahasa masing-masing mengikut kumpulan anda.
e.      Pada akhir perarakan, semua berkumpul di Gereja untuk adorasi.

6.  “WALKATHON” UNTUK SEBUAH KATEDRAL BARU

     Tenpat :  Padang Sekolah Menengah St. Joseph, Miri
     Tarkh   :  Sabtu, 9hb September, 2017               
     Masa    :  6.30 pagi
     Paroki Katedral St. Joseph sedang menganjur sebuah “Walkathon Keluarga” untuk mengutip dana untuk  
     sebuah Katedral baru.  Kad-kad Walkathon akan diagihkan selepas Misa.  Sila kunjungi servis kaunter di

     luar Gereja selepas Misa untuk pendaftaran dan keterangan lanjut.  Harap maklum.