4HB JUN, 2017 HARI MINGGU PENTAKOSTA

1.  KURSUS  PERANCANG  KELUARGA  SEMULAJADI  DALAM  BAHASA  IBAN  
     Tempat :  St. Anthony’s Chapel, Pujut Corner
     Tarikh   :  Sabtu, 10hb Jun    Masa :  9.00 pagi – 1.30 petang
     Sila datang ke pejabat Paroki untuk pendaftaran.

2.  MISA  KENYAH-KAYAN
      Tempat : Gereja Mater Dei, Lutong
      Tarikh   :  Ahad, 11hb Jun    Masa :  11.00 pagi
       Semua adalah dijemput datang.

3.  PEMBERSIHAN DI TANAH  PERKUBURAN  LAMBIR

     Tarikh : Sabtu, 17hb Jun  
     Masa  :  8.00 pagi – 12.00 tengahhari
     Barang yang perlu dibawa : pakai kasut yang sesuai, sarung tangan, air minuman, plastic sampah        dan alat-alat perkakas seperti, cangkul, penyeduk, penyapu dan lain-lain.

     Pihak Wisma St. Joseph akan menganjurkan“Kempen  Work of Mercy' untuk membersih Tanah
     Perkuburan Lambir.  Anda dan keluarga dijemput untuk datang dan menyertai dalam kerja-kerja
     rohani ini.  Setibanya di sana, anda akan menerima arahan untuk, apa yang perlu dilakukan dan  di      mana untuk bekerja.

4.  MISA KHAS UNTUK GURU-GURU KATOLIK KEUSKUPAN MIRI    
     Tempat :  Gereja St. Dominic dan Rosary, Taman Tunku
     Tarikh   :  Sabtu, 17hb Jun          
     Masa    :  9.00 pagi
     Misa ini akan dirayakan oleh Bapa Uskup Richard Ng.  Semua guru dijemput dan digalakkan untuk menghadiri Misa ini.   Para umat dijemput untuk menyokong guru-guru Katolik kita.

5.  KEMPEN DERMA DARAH – PERSATUAN GEREJA-GEREJA SARAWAK
     Tempat :  Tingkat 3, Boulevard Shopping Mall
     Tarikh    :  17hb Jun 2017          
     Masa     :   9.30 pagi - 12.30 tengahari
     Pra-pendaftaran untuk para penderma berpotensi diadakan selepas Misa selesai.
     Tarikh tutup pendaftaran ialah 12hb Jun 2017.

6.  KURSUS  PEMBAPTISAN  BAYI  DALAM BAHASA IBAN
     Tempat  :  Gereja Mater Dei, Lutong
     Tarikh    :   18hb – 19hb Jun      Masa : 7.30 malam
     Bayi akan dibaptiskan pada hari Selasa, 20hb Jun jam 5.30 petang di Gereja Mater Dei, Lutong.
     Para ibu bapa dan wali yang ingin anak-anak mereka dibaptiskan haruslah menghadiri kursus ini.

7.  PERARAKAN KORPUS KRISTI
     Perarakan Korpus Kristi akan diadakan selepas Misa jam 5.30 petang di Katedral St. Joseph pada
     hari  Ahad, 18hb Jun untuk merayakan Perayaan Tubuh dan Darah Kristus.  Perarakan akan
     mengambil jalan singkat dari Katedral ke Wisma Pelita dan balik.  Semua umat paroki digalakkan
     datang dan menyaksikan kehadiran sebenar Yesus di dalam Ekaristi.