2HB JULAI, 2017 MINGGU BIASA KETIGA BELAS – TAHUN A

1.  JUALAN MAKANAN  WISMA ST. JOSEPH
     Tarikh    :  Ahad, 2hb Julai
     Tempat :  Katedral St. Joseph dan Gereja Mater Dei, Lutong dari jam 8.00 pagi – 12.00 tengahari
                       Carmelite’s Chapel dari jam 8.00 pagi hingga 10.00 pagi
     Semua hasil jualan disalurkan ke Dana Projek Pembangunan Wisma St. Joseph.

2. KELAS ALKITAB - SURAT ST. PAUL
      Modul baru untuk Kelas Alkitab dikendalikan oleh Bapa Uskup - Surat St. Paul akan bermula pada 20hb Julai.  Pendaftaran untuk kelas ini berakhir pada 9 Julai.  Sila mendaftar di Pejabat Paroki.

3.  JUALAN  MAKANAN  BAGI  MENGUTIP  DANA  CHAPEL TUDAN
     Tempat :  Katedral St. Joseph         Tarikh :  Ahad, 9hb Julai      Masa :  6.00 pagi – 12.00 tengahari
     Sila menyokong dengan murah hati.

4.  PENUTUPAN  JALAN  BAGI LARIAN  AMAL  DYNASTY  2017
       (diumumkan dalam Misa Mandarin & Bahasa Malaysia sahaja)

      Dimaklumkan  bahawa Larian amal akan diadakan pada jam 6.15 pagi, bermula dan berakhir di Hotel Dynasty minggu hadapan, Ahad, 9hb Julai.  Laluan larian termasuk  jalan utama di hadapan  Sekolah Rendah St. Joseph. Oleh itu, dilarang meletak kereta di sana.  Sila meletakkan kereta anda di bangunan UTC.  Harap maklum.
   
5.  CERAMAH  MENGENAI 3 ORANG  KUDUS  KARMEL  DAN  “BROWN SCAPULAR” 
     Tempat :  Carmelite’s Chapel
     Tarikh   :  14hb – 15hb Julai   Masa :  7.30 malam – 8.30 malam
     Penceramah  :  Paderi Carmelite,  Fr. Gregory Hon
     Ceramah diadakan dalam Bahasa Inggeris.  Para ibu bapa, tua dan muda adalah dijemput datang
     sebagai satu keluarga untuk mempelajari mengenai Orang Kudus Karmel dan menjalani kehidupan Kristian kita.

6.  MISA BAGI PERAYAAN “OUR  LADY OF MOUNT CARMEL”
     Tempat :  Carmelite’s Chapel
     Tarikh   :  Isnin, 17hb Julai        Masa : 7.30 malam
     Selebran Misa adalah Bapa Uskup Richard Ng.  Semua adalah dijemput datang.  Dimaklumkan
     bahawa tiada Misa Pagi pada hari tersebut.

7.  PERJUMPAAN  PARA  BELIA
     Tempat :   Dewan Serbaguna St Joseph
     Tarikh    :  Sabtu, 15 Julai           Masa :   7.30 - 9.30 malam
     Jemputan ini adalah terbuka kepada individu yang berminat:   para belia bekerja,  pelajar
     universiti  dan kolej.  Sila bawa Alkitab dan buku nota.

8.  “WALKATHON”  UNTUK  KATEDRAL  BARU 
     Tenpat :  Padang Sekolah Menengah St. Joseph, Miri
     Tarikh  :  Sabtu, 9hb September, 2017         Masa  :  6.30 pagi
     Paroki Katedral St. Joseph sedang menganjur sebuah “Walkathon Keluarga” untuk mengutip dana
     bagi Katedral baru.  Sila kunjungi servis  kaunter di luar Gereja selepas Misa, dan Kad-kad    
     Walkathon  akan diberi selepas  pendaftaran.   Harap maklum.