20HB OGOS, 2017 MINGGU BIASA KE DUA PULUH - TAHUN A

1.   PEMBATALAN  MISA  HARIAN  DAN  HOLY  HOUR
Dimaklumkan bahawa tidak ada Misa Harian dan Holy Hour di Katedral St.Joseph dan Gereja Mater Dei, Lutong dari 21hb hingga 25hb Ogos.  Ini adalah kerana para Paderi kita mengadakan retreat tahunan mereka di Kuching.  Misa pagi akan diadakan pada 26hb Ogos, Sabtu di Katedral St.Joseph.  Misa harian diadakan seperti biasa di Carmelite.   Sila berdoa untuk para Paderi kita.        

2.  MISA  ARWAH  GABUNGAN  
      Misa Arwah Gabungan untuk Bulan Ogos adalah pada hari Sabtu, 26hb Ogos, jam 7.00 pagi di
      Katedral St. Joseph.   Sila datang ke Pejabat Paroki untuk pendaftaran.
      Tarikh tutup pendaftaran adalah pada hari Selasa, 22hb Ogos.

3.   MISA  UJIAN  PENILAIAN  SEKOLAH  RENDAH  (UPSR)
     Tempat :  Katedral St. Joseph      
     Tarikh   :  Sabtu, 26hb Ogos        Masa :  2.00 petang
      Para ibu bapa diminta datang bersama dengan anak-anak mereka.

4.  PERHIMPUNAN  AWAM  TAHUNAN  KE-2  GURU-GURU  KATOLIK DI  DALAM  KEUSKUPAN  MIRI 
     Tempat  :  Dewan Sekolah Menengah St. Joseph
     Tarikh     :  Sabtu, 26hb Ogos
     Tema      : “Faith in Action Through Teaching”
     Semua guru adalah dijemput datang ke Perhimpunan Tahunan tersebut.

5.  JUALAN  UNTUK  MENGUMPUL DANA  ST.VINCENT DE PAUL 
     Persatuan St.Vincent De Paul akan menganjur Jualan untuk mengumpul dana bagi projek dan
     aktiviti  mereka.
     Tempat :  Perkarangan Katedral St.Joseph
     Tarikh    :   Ahad, 27hb Ogos        Masa :  6.00 pagi hingga 12.00  tengah hari
     Sila menyokong dengan murah hati.

6.  PERSIDANGAN  DALAM  KEHIDUPAN  ROH
    Tempat :  Imperial Hotel Ballroom      
    Tarikh   :  31hb Ogos – 2hb September      
    Sumbangan Kemasukan :  RM 80.00
      Untuk keterangan lanjut, sila rujuk servis kaunter di luar Gereja.

7.  PERSIDANGAN BELIA BERKERJAYA 2017
     Tempat :  Dewan Van  De Laar, Gereja St Anthony Bintulu
     Tarikh    :  31 Ogos - 2 September  (Khamis – Sabtu )
     Tema     :  Yang Maha Kuasa– Lukas 1:49
     Untuk keterangan lanjut, sila rujuk servis kaunter di luar Gereja.

8. “SILENT  RETREAT” (RETRET SUNYI )  DALAM  KEROHANIAN CARMELITE 
    Tempat  :  Kelab Golf & Country East Wood Valley
    Tarikh    :  Jumaat, 22hb hingga Ahad, 24hb  September
    Retret ini dikendalikan oleh Fr. Sinwee dalam Bahasa Inggeris.  Untuk maklumat lanjut dan
    pendaftaran, sila hubungi Pejabat Paroki.

9.  “WALKATHON”  UNTUK  KATEDRAL  BARU 
      Kad Walkathon masih boleh didapati selepas Misa.  Dimaklumkan bahawa tarikh tutup untuk
      kembalikan Kad Walkathon anda ke mana-mana servis kaunter selepas Misa atau ke pejabat Paroki adalah pada 27hb Ogos.  Harap maklum.