17HB SEPTEMBER, 2017 MINGGU BIASA KE DUA PULUH EMPAT - TAHUN A

1.   MISA  ARWAH  GABUNGAN  
      Misa Arwah Gabungan untuk Bulan September adalah pada hari Jumaat, 22hb September, jam 7.00 pagi di Katedral St. Joseph.  Sila daftar di pejabat Paroki St. Joseph.   Tarikh tutup pendaftaran adalah pada hari Selasa, 19th September.

2.  “MARIAN SEMINAR” ATAU SEMINAR  BONDA  MARIA  
      DALAM  BAHASA  INGGERIS  DAN  BAHASA MALAYSIA 
      Tempat :  Dewan Maranatha, Merdeka Mall
      Tarikh   :  Jumaat, 22hb September  
      Masa    :  8.00 pagi – 5.00 petang
      Penceramah :  Komisi Kateketikal dan Pembentukan Iman, Keuskupan, Miri
      Sila mendaftar dengan Pejabat Paroki atau mendaftar dengan menghantar SMS ke 32355
      dengan mesej berikut :  SMS stjoseph marianseminar your-name, telephones #

3.  KURSUS  PEMBAPTISAN  BAYI  DALAM  BAHASA  IBAN
     Tempat :  Gereja Mater Dei, Lutong
     Tarikh    :  24hb – 25hb September  
     Masa     :  7.30 malam
     Bayi akan dibaptiskan pada hari Selasa, 26hb September jam 5.30 petang di Gereja Mater Dei,
     Lutong.  Para ibu bapa dan wali yang ingin anak-anak mereka dibaptiskan hendaklah menghadiri
     sesi kursus tersebut.   Untuk keterangan lanjut.  Sila hubungi Patrick Igang  ( H/p :  016-8796405 )

4.  MISA  UJIAN  UNTUK  PT3, SPM  DAN  STPM
     Tempat  :  Katedral St.  Joseph,  Miri
     Tarikh    :  Sabtu, 30hb September            
      Masa    :  2.00 petang
     Para pelajar yang menduduki ujian PT3, SPM atau STPM mereka pada tahun ini amatlah digalakkan
     untuk datang memohon berkat Tuhan.   Ibu bapa juga dialu-alukan.

5.   JUALAN T-SHIRT  PERARAKAN  KRISMAS 
      Jualan T-Shirt  Perarakan Krismas akan diadakan selepas Misa.  Sila buat tempahan dan
      pembayaran anda.   T-shirt boleh diambil pada  akhir bulan November.
      Harga sehelai ialah RM17.00.   Tarikh tutup adalah pada 1hb Oktober.

6.   KEMPEN  MENDERMA DARAH ACS 2017
      Persatuan Gereja-Gereja Sarawak, Cawangan Miri akan menganjurkan Kempen Menderma Darah       dan para penderma darah diminta untuk menyokong projek ini.
      Tempat  :  Dewan  Sekolah Menengah St. Joseph
      Tarikh    :  Sabtu, 7 Oktober
      Masa     :  9.30 pagi -  12.30 tengah hari    
      Pendaftaran diadakan  selepas Misa.  Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 1hb Oktober 2017.