24HB SEPTEMBER, 2017 MINGGU BIASA KE DUA PULUH LIMA - TAHUN A

1.  KURSUS  PEMBAPTISAN  BAYI  DALAM  BAHASA  IBAN
     Tempat :  Gereja Mater Dei, Lutong
     Tarikh    :  24hb – 25hb September            Masa  :  7.30 malam
     Bayi akan dibaptiskan pada hari Selasa, 26hb September jam 5.30 petang di Gereja Mater Dei,
     Lutong.  Para ibu bapa dan wali yang ingin anak-anak mereka dibaptiskan hendaklah menghadiri
     sesi kursus tersebut.   Untuk keterangan lanjut.  Sila hubungi Patrick Igang  ( H/p :  016-8796405 )

2.  MISA  UJIAN  UNTUK  PT3, SPM  DAN  STPM
     Tempat  :  Katedral St.  Joseph,  Miri
     Tarikh    :  Sabtu, 30hb September              Masa  :  2.00 petang  
     Para pelajar yang menduduki ujian PT3, SPM atau STPM mereka pada tahun ini amatlah digalakkan untuk datang memohon berkat Tuhan.   Ibu bapa juga dialu-alukan. 

3.  MISA  KENYAH-KAYAN
     Tempat :  Gereja Mater Dei, Lutong         
     Tarikh   :  Ahad, 1hb Oktober       Masa :  11.00 pagi
     Semua dijemput hadir.   
 
4.   JUALAN T-SHIRT  PERARAKAN  KRISMAS
      Jualan T-Shirt  Perarakan Krismas akan diadakan selepas Misa.  Sila buat tempahan dan
      pembayaran anda.   T-shirt boleh diambil pada  akhir bulan November. 
      Harga sehelai ialah RM17.00.   Tarikh tutup adalah pada 1hb Oktober. 

5.  KELAS  ALKITAB — KATOLIK  EPISTLES   (SURAT-SURAT )
      Modul 12 tentang Surat-Surat Katolik untuk Kelas Alkitab yang dikendalikan oleh Bapa Uskup         akan bermula pada 5hb Oktober.  Sesiapa yang berminat, sila datang ke Pejabat Paroki untuk
      pendaftaran.  Tarikh tutup adalah 1hb Oktober. 

6.  KURSUS  PERANCANGAN  KELUARGA  SEMULAJADI  DALAM  BAHASA  MALAYSIA
     Tempat :  Dewan Serbaguna St. Joseph
     Tarikh   :  Sabtu, 7hb Oktober         Masa :  8.00 pagi – 1.00 petang
     Sila datang ke Pejabat Paroki St. Joseph untuk pendaftaran.

7.   KEMPEN  MENDERMA DARAH ACS 2017
      Persatuan Gereja-Gereja Sarawak, Cawangan Miri akan menganjurkan Kempen Menderma Darah
      dan para penderma darah diminta untuk menyokong projek ini.
      Tempat  :  Dewan  Sekolah Menengah St. Joseph
      Tarikh    :  Sabtu, 7hb  Oktober            Masa :  9.30 pagi -  12.30 tengah hari     
      Pendaftaran diadakan  selepas Misa.  Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 1hb Oktober 2017.