PENGAKUAN DOSA MUSIM ADVEN Sila rujuk pada notis Gereja untuk jadualnya di pelbagai Gereja.

3HB SEPTEMBER, 2017 MINGGU BIASA KE DUA PULUH DUA - TAHUN A

1.  KURSUS PEMBAPTISAN BAYI DALAM BAHASA INGGERIS
     Tempat :  Katedral St. Joseph
     Tarikh   :  3hb – 4hb September       Masa :  7.30 malam
     Bayi akan dibaptiskan pada hari Selasa, 5hb September, jam 5.30 petang di Katedral St. Joseph.
     Para ibu bapa dan wali yang ingin anak-anak mereka dibaptiskan hendaklah menghadiri sesi
     kursus tersebut.

2.  SERVIS  DOA  HARI  MALAYSIA  2017
      Tempat :   Gereja Methodist Mei Ann, Jalan Kwangtung, Miri
      Tarikh   :  Jumaat, 8hb September          Masa :  7.30 malam
      Servis Doa ini dianjurkan oleh Persatuan Gereja-Gereja, Sarawak.  Semua adalah dijemput untuk
      mengikuti Servis Doa Hari Malaysia ini demi kesejahteraan Negara kita.

3.  “WALKATHON” UNTUK  KATEDRAL  BARU 
      Walkathon akan diadakan pada hari Sabtu, 9hb September.  Sila berada di padang Sekolah
      Menengah St. Joseph pada jam 6.00 pagi.  “Flag off” diadakan tepat jam 6.30 pagi.
      Jualan sarapan pagi diadakan semasa Walkathon tersebut.  Bagi sesiapa yang belum lagi hantar
      kad Walkathon tersebut, sila kembalikan segera ke pejabat Paroki.

4. “SILENT  RETREAT” (RETRET SUNYI )  DALAM  KEROHANIAN CARMELITE 
    Tempat  :  Kelab Golf & Country East Wood Valley
    Tarikh    :  Jumaat, 22hb hingga Ahad, 24hb  September
    Tarikh tutup :  Jumaat, 8hb September
      Retreat ini dikendalikan oleh Fr. Sinwee dalam Bahasa Inggeris.
     Sila mendaftar di servis kaunter selepas Misa selesai.