15TH OKTOBER, 2017 MINGGU BIASA KE DUA PULUH LAPAN - TAHUN A



1.  MISA MEMPERINGATI  ST. TERESA OF AVILA
    Tempat :  Carmelite’s Chapel
    Tarikh   :   Isnin, 16hb Oktober    
    Masa     :   7.30 malam
    Selebran Misa adalah Bapa Uskup kita, Bishop Richard Ng.  Semua adalah dijemput datang.    
    Dimaklumkan Misa Pagi dan Holy Hour dibatalkan pada hari tersebut.

2.  KURSUS  PERANCANGAN  KELUARGA  SEMULAJADI  DALAM  BAHASA  INGGERIS
     Tempat :  Bilik Persidangan Paroki St. Joseph
     Tarikh   :  Sabtu, 21hb Oktober  
     Masa     :  8.00 pagi – 12.30 tengahari
     Sila datang ke Pejabat Paroki St. Joseph untuk pendaftaran. 

3.  MINGGU  MISI  SEDUNIA
     Minggu hadapan, 22hb Oktober, adalah Minggu Misi Sedunia.  Doa-doa dan sumbangan anda dapat membantu Gereja, hospital, sekolah dan kerjaya di lebih daripada 1200 Keuskupan di Negara-negara membangun.  Kutipan kedua adalah untuk Misi Sedunia ini.  

4.  BENGKEL  LAUDATO  SI’  OLEH  CLARE  WESTWOOD
     Tempat :  Dewan Maranatha , Merdeka Mall
     Tarikh & Masa :    Bermula :  27hb Oktober, Jumaat,  jam 3.00 petang
                                  Berakhir :  29hb Oktober, Ahad, jam 5.00 petang
     Pendaftaran akan diadakan selepas Misa atau di pejabat Paroki sebelum 23hb Oktober. 
     Semua adalah dijemput untuk mengikuti bengkel ini.   

5.  JUALAN  MAKANAN  UNTUK  DANA WISMA ST. JOSEPH
     Kumpulan Cina Katedral St. Joseph sedang mengadakan Jualan Makanan di perkarangan Katedral St.  Joseph pada hari Ahad, 15hb Oktober, dari jam 7.00 pagi – 1.00 petang.  Semua hasil jualan akan  disalurkan ke Dana Wisma St. Joseph.   Sila menyokong dengan murah hati.

6.  GOTONG-ROYONG  PEMBERSIHAN  DI  TANAH  PERKUBURAN  NO 3 & 4, LAMBIR
     Tempat :  Tanah Perkuburan No. 3 & 4, Lambir
     Tarikh   :  Sabtu, 21hb Oktober  
     Masa     :  8.00 pagi
     Para Sukarelawan sangat diperlukan untuk membantu membersih kedua-dua tempat Tahah Perkuburan.  Sila bawa sendiri minuman, peralatan-peralatan yang diperlukan untuk
     pembersihan.   Untuk pertanyaan, sila hubungi saudara Alton William  ( 019-8853021).