19HB NOVEMBER, 2017 MINGGU BIASA KETIGA PULUH TIGA - TAHUN A

1.  MISA  PETANG  PADA  19HB NOVEMBER
     Misa Petang pada 19hb November akan dirayakan oleh Bapa Uskup Emeritus Anthony Lee sempena dengan Ulangtahun ke-40 Pentahbisan Episkospalnya.  Ia akan bermula pada jam 5.00 petang. 

2.  SEMINAR  KESEDARAN  IMAN  KEPERCAYAAN  KRISTIAN  DALAM BAHASA MALAYSIA
     Tempat :  Gereja Mater Dei, Lutong
     Tarikh   :  Sabtu, 25hb November, 2017        Masa :  8.00 pagi – 6.30 petang
     Seminar ini dianjurkan oleh Borneo Care dan Keuskupan Miri untuk mewujudkan kesedaran mengenai isu Islamisasi di Sarawak.   Semua umat adalah digalakkan untuk menyertainya. 
     Pendaftaran akan diadakan selepas Misa. 

3.  PROJEK  “CATARACT  FINDER  COMMUNITY”
      Projek ini dianjurkan oleh Hospital Umum Miri untuk mengenal pasti orang yang kurang mampu yang memerlukan operasi pembedahan memulihkan visi mereka.  Persatuan St. Vincent de Paul membantu  melakukan pemeriksaan mata untuk katarak secara percuma.  Sila rujuk pada papan notis atau buletin untuk mengetahui jadualnya.

4.  PENDAFTARAN  UNTUK  TADIKA  KATOLIK  2018  
     Tadika St. Joseph dan Tadika Sri Cahaya kini dibuka untuk pendaftaran bagi tahun 2018 untuk kanak-kanak yang lahir pada tahun 2012, 2013 dan 2014.  Pada tahun 2018, jika  ada yang berminat, kami juga akan membuka sesi petang kelas baru untuk 5 & 6 tahun.  Untuk maklumat lanjut sila rujuk pada papan notis atau buletin.
       
5.   “SILENT  RETREAT”  ( RETREAT SUNYI )  DALAM  KEROHANIAN  CARMELITE 
        BERSAMA  FR. GREGORY  HON
       Tempat :  East Wood Valley Golf & Country Club
       Tarikh   :  Jumaat, 8hb Disember hingga Ahad, 10hb Disember
       Tarikh tutup :  Ahad, 26hb November 
       Retreat ini dikendalikan dalam Bahasa Inggeris. 
       Sila datang ke pejabat Paroki untuk pendaftaran atau ke kedai buku Carmelite. 

6.  KRISMAS  KAROLING
      Borang Krismas Karoling boleh diperolehi di pintu masuk Gereja.  Sekiranya rumah anda ingin
      dikunjungi Krismas Karoling, sila isi borang tersebut dan letakkan di dalam kotak yang disediakan. 
      Tarikh tutup adalah 4hb Disember.

7.  PAMERAN  HLS
     Perkhidmatan Kehidupan Manusia (HLS) akan mengadakan pameran di Gereja Mater Dei, Lutong
     pada 3hb Disember.  Terdapat jualan dan tarikan lain sepanjang hari.  Semua adalah dijemput.

8.  PERARAKAN  KRISMAS
     Tempat :  Dataran Kipas Miri
     Tarikh   :  Sabtu, 9hb Disember        Masa :  5.00 petang
     Lokasi kedudukan untuk Gereja kita adalah bersebelahan kawasan air pancutan.  Lilin dengan pemegang boleh didapati di kedai buku Gereja.   Gereja kita akan mengadakan gerai untuk menjual makanan dan minuman di tempat letak kereta berhampiran kolam renang dan semua hasil akan disalur ke Wisma St. Joseph.  Sila datang dan menyokong Perarakan Krismas untuk menunjukkan keharmonian perpaduan dan kehadiran kita.

9.  BAJU-T  PERARAKAN  KRISMAS
     Baju-T Perarakan Krismas boleh diambil selepas Misa.  Sila bawa resit pengesahan.  Harap maklum.

10.  KALENDAR  LITURGIKAL  DAN  ORDO  2018
       Kalendar Liturgikal dan Ordo 2018 boleh didapati di kedai buku Gereja. 
       Harga Kalendar adalah RM8.00 dan Ordo RM5.00 senaskah.