PENGAKUAN DOSA MUSIM ADVEN Sila rujuk pada notis Gereja untuk jadualnya di pelbagai Gereja.

11HB MAC, 2018 MINGGU PRAPASKA KEEMPAT - TAHUN B

1.  PENGUMUMAN  KHAS  -  MISA  HARIAN DI KATEDRAL ST. JOSEPH

     Disebabkan kerja-kerja pemasangan di Katedral, Misa Harian untuk Katedral St. Joseph dialihkan ke St. Francis Chapel, Jalan Brighton pada 12hb hingga 15hb Mac (bukan pada 13hb – 16hb Mac, seperti yang diumumkan minggu lepas).   Dimaklumkan Misa Harian bermula pada jam 7.15 pagi.  Holy Hour dibatalkan.
   
2.  PENGAKUAN DOSA MUSIM PRAPASKA
      Pengakuan dosa musim Prapaska bermula minggu ini dari 12hb Mac.      Sila rujuk pada Notis Gereja untuk mengetahui jadual di masing-masing Gereja.
Tempat                                  Tarikh                   Masa
  St. Anthony of Padua’s Chapel, Tudan  :  12hb – 13hb Mac       7.30 malam
    Gereja Mater Dei, Lutong                :  14hb – 15hb Mac      7.30 malam
           Sts. Peter and Paul Chapel, Bakam     :  16hb Mac           7.30 malam
    Katedral St. Joseph, Miri :       19hb – 20hb  & 22hb Mac      7.30 malam

3.  KURSUS  ALKITAB  UNTUK  PARA  AWAM
     Bapa Uskup akan memulakan siri baru selama 3 tahun bagi Kursus Alkitab untuk para awam seperti berikut:
 Tempat :  St. Francis Chapel, Jalan Brighton
 Tarikh   :  Pada hari Khamis, bermula dari 15hb Mac        Masa :  7.30 malam – 9.15 malam
 Kita akan bermula dengan Injil Markus.  Sila daftar dengan Pejabat Paroki sebelum 11hb Mac.

4.  MISA KRISMA  (CHRISM MASS )
     Tempat :  Katedral St. Joseph         Tarikh :  Rabu, 21hb Mac        Masa :  7.30 malam
     Semua adalah dijemput untuk menyertai Misa ini dan berdoa untuk Bapa Uskup dan para paderi kita.
 Holy Hour di Katedral dibatalkan pada hari tersebut.

5.  ‘24 JAM  UNTUK  TUHAN”
     Tempat :  Carmelite’s Chapel, Jalan Brighton
     Tarikh & Masa :  Bermula pada hari Jumaat, 23hb Mac, jam 12.00 tengahari dengan Misa Pembukaan Berakhir pada hari Sabtu, 24hb Mac, jam 12.00 tengahari dengan Misa Penutupan
 Sila datang pada bila-bila sepanjang masa 24 jam untuk berdoa dan meluangkan masa bersama Tuhan.

6.  KURSUS  SAKRAMEN  PENGUATAN  UNTUK ORANG DEWASA  DALAM  BAHASA  INGGERIS
 Kursus ini akan diadakan 3 Sabtu petang dalam bulan April dan 1 hujung minggu dalam bulan Mei seperti berikut:
 Tempat :  St. Francis Chapel, Jalan Brighton  Tarikh :  Bermula pada 7hb April  Masa : 1.30 petang - 4.30 petang
 Yuran Pendaftaran :  RM25.00
 Sila mendaftar di pejabat Paroki sebelum 1hb April dan untuk keterangan lanjut sila rujuk pada Notis Gereja.

7.  KARNIVAL PASKA 2018
 Tempat :  Pustaka Negeri Sarawak, Miri              Tarikh :  7hb – 8hb April
     Penganjur :  Paroki Katedral St. Joseph, Miri dan Pustaka Negeri Sarawak, Miri
 Aktiviti       :  Pameran Kehidupan Manusia, Pasar Lambak Paska, Derma Darah, Demo Penyusunan Bunga, Pertandingan Bercerita Kanak-Kanak, Pertandingan Mewarna Kanak-kanak, Pertandingan Bercerita dalam Bahasa Iban, “Fund Corner”, Filem untuk Kanak-Kanak dan Konsert Muzik.
Anda bolehlah mendaftar semua aktiviti di meja perkhidmatan selepas Misa.  Kemasukan adalah percuma. Semua dijemput datang!
                         
8.  “ RALLY”  UNTUK PARA REMAJA
      Rally ini terbuka kepada semua remaja yang berumur 13 – 19 tahun.
      Tempat :  Imperial Hotel Ballroom     Tarikh :  15hb – 17hb Jun    Yuran Sumbangan :  RM50.00
      Pendaftaran bermula hari ini dan dimaklumkan hanya 800 tempat duduk yang disediakan untuk penyertaan dari Miri.   Sila daftar awal.  Harap maklum.