18HB MAC, 2018 MINGGU PRAPASKA KELIMA - TAHUN B

1.  PENGAKUAN DOSA MUSIM PRAPASKA
      Pengakuan dosa musim Prapaska di Katedral St. Joseph pada 19hb – 20hb  & 22hb Mac, jam 7.30 malam.

2.  MISA KRISMA  (CHRISM MASS )
     Tempat :  Katedral St. Joseph         Tarikh :  Rabu, 21hb Mac        Masa :  7.30 malam
     Semua adalah dijemput untuk menyertai Misa ini dan berdoa untuk Bapa Uskup dan para paderi kita.
 Holy Hour di Katedral dibatalkan pada hari tersebut. 

3.  PENGAMALAN  PRAPASKA UNTUK  KANAK-KANAK
     Tempat :  Pusat St. Francis, Jalan Brighton
     Tarikh   :  Khamis, 22hb Mac        Masa : 7.00 pagi – 5.00 petang
     Umur    :  9 – 12 tahun  Pendaftaran dilakukan pada hari tersebut dan yuran adalah RM10.00.

    4.  MISA  ARWAH  GABUNGAN
     Misa Arwah Gabungan untuk Bulan Mac adalah pada hari Jumaat, 23hb Mac, jam 7.00 pagi di Katedral St. Joseph.  Sila daftar di pejabat Paroki St. Joseph.   Tarikh tutup pendaftaran adalah pada hari Selasa, 20hb Mac.

5.  ‘24 JAM  UNTUK  TUHAN”
     Tempat :  Carmelite’s Chapel, Jalan Brighton
     Tarikh & Masa :  Bermula pada hari Jumaat, 23hb Mac, jam 12.00 tengahari dengan Misa Pembukaan Berakhir pada hari Sabtu, 24hb Mac, jam 12.00 tengahari dengan Misa Penutupan
 Sila datang pada bila-bila sepanjang masa 24 jam untuk berdoa dan meluangkan masa bersama Tuhan.

   6.  MINGGU PALMA  ( MINGGU SENGSARA )
         Minggu Suci bermula dengan Minggu Palma, 25hb Mac.  Sila bawa bersama daun palma masing-masing untuk pemberkatan.

   7.  SERVIS DOA SEMPENA HARI POLIS 2018
         Tempat :  Gereja Baptis, Piasau, Lot 821, Jalan Taman Piasau Edar, Piasau Garden
         Tarikh   :  Isnin, 26hb Mac          Masa :  9.30 pagi – 10.45 pagi
         Servis Doa ini dianjurkan oleh Persatuan Gereja-Gereja di Sarawak.  Semua dijemput datang terutamanya saudara  dan saudari kita yang berkhidmat dalam pasukan polis.

8.  BARANG KITAR  SEMULA
     Tempat :  Di bawah pokok Angsana, di hadapan Rumah Paderi, Katedral St. Joseph 
     Tarikh   :  Sabtu, 31 Mac          Masa : 2.00 petang  – 4.00 petang
     Barangan seperti suratkhabar lama, tin, botol plastik dan bateri kereta yang tidak digunakan lagi bolehlah dihantar ke tempat tersebut.

9.  KURSUS  SAKRAMEN  PENGUATAN  UNTUK ORANG DEWASA  DALAM  BAHASA  INGGERIS

 Kursus ini akan diadakan 3 Sabtu petang dalam bulan April dan 1 hujung minggu dalam bulan Mei seperti berikut:
 Tempat :  St. Francis Chapel, Jalan Brighton   
 Tarikh    :  Bermula pada 7hb April       Masa : 1.30 petang - 4.30 petang
 Yuran Pendaftaran :  RM25.00
 Sila mendaftar di pejabat Paroki sebelum 1hb April dan untuk keterangan lanjut sila rujuk pada Notis Gereja.

 10.  KARNIVAL PASKA 2018

    Tempat      :  Pustaka Negeri Sarawak, Miri              Tarikh :  7hb – 8hb April
        Penganjur :  Paroki Katedral St. Joseph, Miri dan Pustaka Negeri Sarawak, Miri
    Aktiviti      :  Pameran Kehidupan Manusia, Pasar Lambak Paska, Derma Darah, Demo Penyusunan Bunga, Pertandingan Bercerita Kanak-Kanak, Pertandingan Mewarna Kanak-kanak, Pertandingan Bercerita dalam Bahasa Iban, “Fund Corner”, Filem untuk Kanak-Kanak dan Konsert Muzik.

 Anda bolehlah mendaftar semua aktiviti di meja perkhidmatan selepas Misa.  Kemasukan adalah percuma. 
 Semua dijemput datang!
                          
11.  “ RALLY”  UNTUK PARA REMAJA

      Rally ini terbuka kepada semua remaja yang berumur 13 – 19 tahun. 

      Tempat :  Imperial Hotel Ballroom         
      Tarikh    :  15hb – 17hb Jun          Yuran Sumbangan :  RM50.00

      Pendaftaran bermula hari ini dan dimaklumkan hanya 800 tempat duduk yang disediakan untuk penyertaan dari Miri.   Sila daftar awal.  Harap maklum.

12.  PEJABAT PAROKI DIBUKA PADA HARI AHAD
        Pejabat Paroki dibuka pada hari Ahad dari jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang.   
        Sebarang pertanyaan dan pendaftaran  untuk pelbagai aktiviti yang akan dijalankan bolehlah datang ke Pejabat Paroki.  Harap maklum.