22HB APRIL, 2018 MINGGU PASKA KE EMPAT - TAHUN B MINGGU PANGGILAN / GEMBALA YANG BAIK

1. MISA DAN ADORASI UNTUK PILIHAN RAYA UMUM KE -14
 Misa Gabungan akan diadakan dan adorasi Hari Doa untuk Pilihan Raya Umum Malaysia yang ke-14.
      Tempat :  Katedral St. Joseph & Gereja Mater Dei, Lutong
      Tarikh   :  Jumaat, 27hb April    Masa: 7.30 malam
      Semua digalakkan untuk datang dan berdoa untuk pilihan raya yang adil.  

2.  MISA  ARWAH  GABUNGAN  
     Misa Arwah Gabungan untuk Bulan April adalah pada hari Jumaat, 27hb April, jam 7.00 pagi di Katedral St. Joseph.  Tarikh tutup pendaftaran adalah pada hari Selasa, 24hb April.
     Sila daftar di pejabat Paroki St. Joseph.

3.  HUJUNG MINGGU “CHOICE” KE-4 
     Tempat :  Pusat St. Francis, Jalan Brighton      Tarikh :  27hb – 29hb April
     Program ini memberi tumpuan kepada pencarian diri sendiri dan hubungan dengan Tuhan, orang
     lain dan keluarga.  Ianya terbuka kepada belia bekerja yang berumur di antara 21 – 45.  
     Program ini diadakan dalam Bahasa Malaysia.

4.  KURSUS  PERANCANGAN  KELUARGA  SEMULAJADI  DALAM  BAHASA MALAYSIA 
     Tempat :  Dewan Serbaguna St. Joseph
     Tarikh   :  Sabtu, 5hb Mei        Masa :  8.00 pagi – 1.30 petang
     Sila datang ke Pejabat Paroki untuk pendaftaran.

5.  KURSUS PEMBAPTISAN BAYI DALAM BAHASA INGGERIS 
      Tempat :  Katedral St. Joseph    
      Tarikh    :   6hb-7hb Mei       Masa : 7.30 malam
      Bayi akan dibaptiskan pada hari Selasa, 8hb Mei, jam 5.30 petang di Katedral St. Joseph.
      Para ibu bapa dan wali yang ingin anak-anak mereka dibaptiskan hendaklah menghadiri sesi
      kursus tersebut.

6.  “RALLY”  UNTUK PARA REMAJA
      Rally ini terbuka kepada semua remaja yang berumur 13 – 19 tahun.
      Tempat :  Imperial Hotel Ballroom          
      Tarikh    :  15hb – 17hb Jun          Yuran Sumbangan :  RM50.00
      Pendaftaran telahpun berlangsung dan dimaklumkan hanya 800 tempat duduk yang disediakan
      untuk penyertaan dari Miri.   Sila daftar awal.  Harap maklum.

7.  PEMILIHAN AHLI PARISH COUNCIL KATEDRAL  ST. JOSEPH YANG KE-2
     Pemilihan Ahli Parish Council yang ke-2 akan bermula minggu ini dengan proses pencalonan.
     Umat Paroki  dijemput untuk menamakan 3 calon berpotensi yang boleh melayani di dalam Parish      Council.   Borang pencalonan akan diedarkan selepas Misa hari ini.  
     Sila isi satu borang dan kembalikannya minggu depan di meja petugas atau ke pejabat Paroki pada      bila-bila masa sebelum tarikh tutup pada 29hb April 2018. 20 calon yang disenarai akan dipilih dan, dari sana kita akan mengundi 12 calon teratas untuk membentuk Parish Council yang baru.  Ini  akan dilakukan pada 20hb Mei 2018.
Sokongan dan penyertaan anda dalam pemilihan ahli Parish Council yang baru ini amatlah dihargai.