PENGAKUAN DOSA MUSIM ADVEN Sila rujuk pada notis Gereja untuk jadualnya di pelbagai Gereja.

20HB MEI, 2018 HARI RAYA PENTAKOSTA

1.  MISA  ARWAH  GABUNGAN  
     Misa Arwah Gabungan untuk Bulan Mei adalah pada hari Jumaat, 25hb Mei, jam 7.00 pagi di Katedral St. Joseph.  Tarikh tutup pendaftaran adalah pada hari Selasa, 25hb Mei.
     Sila daftar di pejabat Paroki St. Joseph.

2.  SERVIS DOA UNTUK GURU-GURU
      Tempat:  Katedral St. Joseph      
      Tarikh   :  Jumaat, 25hb Mei      Masa: 7.30 malam
      Para umat, khasnya guru-guru adalah dijemput datang ke Servis Doa Gabungan yang
      dikendalikan oleh Persatuan Gereja-Gereja Sarawak.

3.  BENGKEL “LAUDATO SI“ TENTANG HARAPAN DALAM KRISIS IKLIM
     Tempat :  Dewan Madonna, Gereja Mater Dei, Lutong
     Tarikh   :  15hb – 17hb Jun
     Tarikh tutup pendaftaran: 27hb Mei
     Untuk keterangan lanjut, sila rujuk pada Notis Gereja.

4.  “ RALLY”  UNTUK PARA REMAJA
      Rally ini terbuka kepada semua remaja yang berumur 13 – 19 tahun.
      Tempat:  Imperial Hotel Ballroom           Tarikh:  15hb – 17hb Jun        
      Yuran Sumbangan:  RM50.00
      Perhatian: Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 3hb June.  Harap maklum.

5.  WALKATHON UNTUK KATEDRAL BARU 
      Paroki Katedral St. Joseph akan menganjurkan “Walkathon” pada 29hb September, 2018.
      Kad-kad Walkathon boleh diperolehi hari ini selepas Misa di servis kaunter di hadapan
      Gereja.  Sila sokong sambil menyumbang untuk dana projek Katedral baru kita.

6.  UCAPAN  TERIMA  KASIH
      Kumpulan Gubahan Bunga dari Katedral St. Joseph ingin merakamkan ribuan terima kasih
      kepada semua umat atas kemurahan menyokong dalam jualan bunga minggu lepas.
      Hasil jualan berjumlah RM 13,000.00 disalurkan ke Tabung Pembinaan Wisma St. Joseph.
      Terima kasih dan Tuhan memberkati anda semua.