PENGAKUAN DOSA MUSIM ADVEN Sila rujuk pada notis Gereja untuk jadualnya di pelbagai Gereja.

10HB JUN, 2018 MINGGU BIASA KE SEPULUH – TAHUN B

1. KURSUS PERANCANGAN KELUARGA SEMULAJADI (NFP) DALAM BAHASA IBAN
     Tempat:  St. Anthony’s Chapel, Pujut Corner      
     Tarikh   :  Sabtu, 16hb Jun      Masa:  9.00 pagi – 1.30 petang
     Sila datang ke Pejabat Paroki untuk pendaftaran.

2.  KURSUS PEMBAPTISAN BAYI DALAM BAHASA IBAN
     Tempat:  Gereja Mater Dei, Lutong
     Tarikh  :  17-18 Jun 2018 (Ahad dan Isnin)  Masa:  7.30 petang
     Bayi akan dibaptis pada hari Selasa, 18 Jun 2018 jam 5.00 petang di Gereja Mater Dei.
     Ibu bapa dan wali yang ingin anak-anak mereka dibaptis adalah perlu menghadiri kursus ini.

3.  MISA KHAS UNTUK PARA PENDIDIK / GURU-GURU KATOLIK 
     Tempat:  St. Francis Chapel, Jalan Brighton        
     Tarikh  :  Jumaat, 22hb Jun       Masa:  10.00 pagi
     Semua guru dan pendidik ( pejabat Pendidikan, Sekolah, Kolej, IPG, Universiti dan Tadika )
     adalah dijemput untuk menyertai Misa ini.

4.  MISA UNTUK INSAN ISTIMEWA
     Tempat: Katedral St. Joseph, Miri    Tarikh: Sabtu, 30 Jun 2018   Masa: 8.00 pagi
     Sila daftar semua kanak-kanak dan orang dewasa yang istimewa di pejabat paroki St. Joseph.
     Semua dialu-alukan.

 5.  “BERCAKAP BERSAMA KRISTUS” OLEH FATHER GREGORY HON                                                
       Tempat:  St. Francis Chapel, Jalan Brighton
       Tarikh   :  14hb –15hb Julai, 2018
       Paroki Katedral St. Joseph akan mengendalikan sebuah retreat Doa berdasarkan ajaran
       St. Teresa of Avila tentang Doa Peribadi.  Ia akan diadakan dalam Bahasa Inggeris.
       Sesiapa yang berminat bolehlah mendaftar di Kedai Buku Carmelite, Gereja Mater Dei,
       Lutong dan pejabat Paroki. Tarikh tutup adalah pada 10hb Julai, 2018.

6.  PERTUKARAN MASA MISA IBAN 
     Bermula dari bulan Jun ini, masa Misa Kudus untuk Misa Iban di Gereja Mater Dei, Lutong
     ditukar dari jam 3.00 petang ke 11.00 pagi. Harap maklum.

7.   WALKATHON UNTUK KATEDRAL BARU
      Paroki Katedral St. Joseph akan menganjurkan “Walkathon” pada 29hb September,2018.
      Kad-Kad Walkathon boleh diperolehi selepas Misa di servis kaunter di hadapan Gereja.
      Sila sokong sambil menyumbang untuk projek Katedral baru kita.