PENGAKUAN DOSA MUSIM ADVEN Sila rujuk pada notis Gereja untuk jadualnya di pelbagai Gereja.

17HB JUN, 2018 MINGGU BIASA KE SEBELAS – TAHUN B

1.  KONSERT  PENGINJILAN  -  KASIH UNTUK SEMUA
      Tempat:  Dewan Suarah, Miri          Tarikh: 17hb Jun        Masa: 7.00 malam
      Kemasukan adalah percuma.  Semua adalah dijemput datang untuk berkongsi kasih Yesus.

2. MISA  ARWAH  GABUNGAN  
     Misa Arwah Gabungan untuk Bulan Jun adalah pada hari Jumaat, 22hb Jun jam 7.00 pagi di
     Katedral St. Joseph.  Tarikh tutup pendaftaran adalah pada hari Selasa, 19hb Jun.
     Sila daftar di pejabat Paroki St. Joseph.

3.  MISA KHAS UNTUK PARA PENDIDIK / GURU-GURU KATOLIK 
     Tempat:  St. Francis Chapel, Jalan Brighton      Tarikh:  Jumaat, 22hb Jun      Masa:  10.00 pagi
     Semua guru dan pendidik ( pejabat Pendidikan, Sekolah, Kolej, IPG, Universiti dan Tadika )
     adalah dijemput untuk menyertai Misa ini.

4.  BARANG  KITAR  SEMULA
     Tempat:  Di bawah pokok Angsana, di hadapan Rumah Paderi, Katedral St. Joseph
     Tarikh  :  Sabtu, 23hb Jun           Masa : 2.00 petang  – 4.00 petang
     Barangan seperti suratkhabar lama, tin, botol plastic, bateri kereta yang tidak digunakan lagi
     dan lain-lain bolehlah dihantar ke tempat tersebut.

5.  MISA UNTUK INSAN ISTIMEWA
     Tempat: Katedral St. Joseph, Miri     Tarikh: Sabtu, 30hb Jun     Masa: 8.00 pagi
     Sila daftar semua kanak-kanak dan orang dewasa yang istimewa di pejabat paroki St. Joseph.
     Semua dialu-alukan.

6. BELAJAR ALKITAB DI LUTONG
Belajar Alkitab - "Korintus Pertama - Gereja dan Komuniti Kristian" akan bermula pada 2hb Julai.
     Untuk keterangan lanjut, sila rujuk pada Notis Gereja.

7.  KURSUS PEMBAPTISAN BAYI DALAM BAHASA MALAYSIA
     Tempat:  Katedral St. Joseph      
     Tarikh:  1hb – 2hb Julai (Ahad dan Isnin)     Masa: 7.30 malam
     Bayi akan dibaptiskan pada hari Selasa, 3hb Julai jam 5.30 petang.  Para ibu bapa dan wali  
     yang ingin anak-anak mereka dibaptis adalah diseru untuk menghadiri kursus ini.

8.  KURSUS PRA-PERKAHWINAN DALAM BAHASA INGGERIS
     Tempat:  Gereja Mater Dei, Lutong      Tarikh: 7hb – 8hb Julai (Sabtu – Ahad)
      Sila datang ke pejabat Paroki untuk pendaftaran.

9. “BERCAKAP BERSAMA KRISTUS” OLEH FATHER GREGORY HON
Tempat: St. Francis Chapel, Jalan Brighton       Tarikh: 14hb -15hb Julai 2018
Yuran Pendaftaran: RM25
Paroki Katedral St. Joseph akan mengendalikan Retreat Doa berdasarkan ajaran St. Teresa of Avila tentang Doa Peribadi. Ia diadakan dalam Bahasa Inggeris. Sesiapa yang berminat bolehlah mendaftar di Kedai Buku Carmelite, Gereja Mater Dei, Lutong dan Pejabat Paroki.
Tarikh tutup adalah pada 10hb Julai, 2018.

10. PERSIDANGAN BELIA BEKERJAYA
Tempat: Gereja Mater Dei, Lutong
      Tarikh   : 31hb Ogos – 2hb September     Tema: “Keberanian”
Tarikh tutup pendaftaran:  7hb Ogos
      Persidangan ini terbuka kepada semua belia yang bekerja, dan para pelajar di pengajian tinggi.
   
11.  PENUTUPAN  JALAN  BAGI LARIAN  AMAL  DYNASTY  2018  
       (diumumkan dalam Misa Mandarin & Bahasa Malaysia sahaja)
  Dimaklumkan  bahawa Larian amal akan diadakan pada jam 6.15 pagi, bermula dan berakhir di Hotel Dynasty minggu hadapan, Ahad, 1hb Julai. Jalan utama di hadapan Sekolah Rendah St. Joseph ditutup.  Oleh itu, sila meletak kereta anda di hadapan Pejabat Residen lama atau di tempat letak kereta di bangunan UTC.  Harap maklum.  

12.   WALKATHON UNTUK KATEDRAL BARU
       Paroki Katedral St. Joseph akan menganjurkan “Walkathon” pada 29hb September.
       Kad-Kad Walkathon boleh diperolehi selepas Misa di servis kaunter di hadapan Gereja.
       Sila sokong sambil menyumbang untuk projek Katedral baru kita.

13. PENGUMUMAN KHAS DARI PEJABAT BISHOP
 Sukacita diumumkan bahawa 2 orang lagi Paderi di Keuskupan Miri.
 Kita mengalu-alukan kembali Fr. Johnny Ho, seorang Paderi Keuskupan Miri yang mengambil
 10 tahun cuti Sabatikal.  Fr. Johnny Ho akan melayani di Paroki Katedral St. Joseph buat masa ini.
 Kita juga mengalu-alukan Fr. Elvise Suuh, seorang paderi yang baru ditahbiskan dari Mill Hill
 Cameroon.  Fr. Elvise akan melayani di Paroki Belaga.