1HB JULAI, 2018 MINGGU BIASA KE – 13 TAHUN B

1.  KURSUS PEMBAPTISAN BAYI DALAM BAHASA MALAYSIA
     Tempat:  Katedral St. Joseph      Tarikh:  1hb – 2hb Julai (Ahad dan Isnin)     Masa: 7.30 malam
      Bayi akan dibaptiskan pada hari Selasa, 3hb Julai jam 5.30 petang.  Para ibu bapa dan wali yang  
      ingin anak-anak mereka dibaptis adalah diseru untuk menghadiri kursus ini.

2.  BELAJAR ALKITAB DI LUTONG
Belajar Alkitab - "Korintus Pertama - Gereja dan Komuniti Kristian" akan bermula pada 2hb Julai.
     Untuk keterangan lanjut, sila rujuk pada Notis Gereja.

3.  KURSUS PRA-PERKAHWINAN DALAM BAHASA INGGERIS
     Tempat:  Gereja Mater Dei, Lutong      Tarikh: 7hb – 8hb Julai (Sabtu – Ahad)
     Sila datang ke pejabat Paroki untuk pendaftaran.

4.  “BERCAKAP BERSAMA KRISTUS” OLEH FATHER GREGORY HON                                                
      Tempat:  St. Francis Chapel, Jalan Brighton      Tarikh:  14hb –15hb Julai
      Tarikh tutup pendaftaran:  10hb Julai
      Paroki Katedral St. Joseph akan mengendalikan sebuah Retreat Doa berdasarkan ajaran St. Teresa of Avila tentang Doa Peribadi.  Ia akan diadakan dalam Bahasa Inggeris.  Sesiapa yang berminat bolehlah mendaftar di Kedai Buku Carmelite, Gereja Mater Dei, Lutong dan pejabat Paroki.

5.  PENDAFTARAN  UNTUK  PENGUNDI  BARU
     Paroki Katedral St. Joseph bersama R.O.S.E (Rise Of Sarawak Efforts) sedang mengadakan gerakan pendaftaran pengundi yang baru.  Mereka yang berumur 21 tahun dan ke atas boleh mendaftar selepas Misa di tempat dan tarikh berikut:
     (Perhatian: Pengulas untuk mengumumkan di gereja anda masing-masing)

     14hb Julai 2018 di Katedral St. Joseph - Sunset Mass

     15hb Julai 2018 di Katedral St. Joseph - Semua Misa

     5hb Ogos 2018 di Carmelite’s Chapel, Holy Spirit Chapel, Permyjaya & Sts. Peter dan Paul Chapel, Bakam

     12hb Ogos 2018 di Gereja Mater Dei, Lutong - Semua Misa & St. Anthony of Padua’s Chapel, Tudan

     Sila bawa salinan kad pengenalan anda untuk pendaftaran.

6.  MISA BAGI PERAYAAN “OUR LADY OF MOUNT CARMEL”
     Tempat :  Carmelite’s Chapel Tarikh :  16hb Julai Masa :  7.30 malam
     Dimaklumkan bahawa taida Misa Pagi pada hari tersebut.  Semua adalah dijemput datang.

7.  KURSUS ALKITAB DALAM BAHASA INGGERIS
     Kursus Alkitab Modul 2 tentang Sajarah Keselamatan yang dikendalikan oleh Bapa Uskup Richard akan bermula pada 9hb Ogos.   Sesiapa yang berminat mendalami pengetahuan Alkitab adalah digalakkan untuk menghadiri dan sila daftar di Pejabat Paroki sebelum 25hb Julai.

8.  SAMPUL SURAT RAYUAN CMD 
     Sampul surat rayuan akan diedarkan dari sekarang hingga bulan Ogos untuk meminta sumbangan ikhlas daripada para umat bagi menampung kos pemasangan tiga kipas siling besar, sepuluh lampu LED besar dan tambahan pemasangan yang lain-lain berjumlah RM85,000.  Sila menderma dengan murah hati.
     Terima kasih.