NOTIS GEREJA: 3HB JUN, 2018 - HARI RAYA TUBUH DAN DARAH KRISTUS

1. PERARAKAN KORPUS KRISTI 
     Perarakan Korpus Kristi diadakan petang ini selepas Misa 5.30 petang.  Sila ambil perhatian:
(a) Semua yang ingin menyertai perarakan dan tidak mengikuti Misa Petang, sila berkumpul di Katedral St. Joseph sebelum 6.15 petang.  Warden Gereja akan menghimpun anda dengan kumpulan anda masing-masing.

(b) Bawa rosari dan lilin berserta pemegang.

(c) Parking tidak dibenarkan di sepanjang jalan utama dari Bulatan Pelita ke Jalan Angsana.  Anda boleh meletakkan kenderaan anda di tempat letak kereta di Perkarangan SRK St. Joseph, MCC Parking Lot (bekas parking pejabat Residen) dan MCC Multi-story.  Sila beri kerjasama dan ikut arahan para Warden Gereja dan RELA yang bertugas.


2.  SEMINAR KANAK-KANAK 
     Seminar dibuka untuk kanak-kanak yang berumur 10 – 12 tahun pada masa cuti sekolah.
     Tempat:  St. Francis Center, Jalan Brighton      Tarikh:  10hb – 12hb Jun
     Yuran Pendaftaran :  Rm20.00
     Sila rujuk kepada notis Gereja untuk keterangan lanjut.

3.  BENGKEL “LAUDATO SI“ TENTANG HARAPAN DALAM KRISIS IKLIM 
     Tempat :  Dewan Madonna, Gereja Mater Dei, Lutong
     Tarikh    : 15hb – 17hb Jun         Tarikh tutup pendaftaran ditunda ke 8hb Jun
     Semua adalah digalakkan untuk menyertainya.  Untuk keterangan lanjut, sila rujuk pada Notis Gereja.

4.  PERTUKARAN MASA MISA IBAN 
     Bermula dari bulan Jun ini, masa Misa Kudus untuk Misa Iban di Gereja Mater Dei, Lutong akan ditukar dari jam 3.00 petang ke 11.00 pagi.  Harap maklum.

5.  “RALLY”  UNTUK PARA REMAJA
      Rally ini terbuka kepada semua remaja yang berumur 13 – 19 tahun.
      Tempat:  Imperial Hotel Ballroom       Tarikh:  15hb – 17hb Jun        
      Yuran Sumbangan:  RM50.00
      Perhatian: Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 3hb June.  Harap maklum.

6.  KURSUS PERANCANGAN KELUARGA SEMULAJADI (NFP) DALAM BAHASA IBAN
     Tempat:  St. Anthony’s Chapel, Pujut Corner        Tarikh:  Sabtu, 16hb Jun  Masa:  9.00 pagi – 1.30 petang
     Sila datang ke Pejabat Paroki untuk pendaftaran.

7.  MISA KHAS UNTUK PARA PENDIDIK / GURU-GURU KATOLIK 
     Tempat:  St. Francis Chapel, Jalan Brighton        Tarikh:  22hb Jun       Time:  10.00 pagi
     Semua guru dan pendidik ( pejabat Pendidikan, Sekolah, Kolej, IPG, Universiti dan Tadika ) adalah dijemput untuk menyertai Misa ini.

8.  MISA KENYAH-KAYAN
Adalah dimaklumkan bahawa,  berkuatkuasa dari bulan Jun, Misa Kenyah-Kayan pada 10hb Jun 2018 jam 10.00 pagi, dipindah ke Carmelite Chapel, tidak lagi di Gereja Mater Dei, Lutong.  Harap maklum.  

9.  WALKATHON UNTUK KATEDRAL BARU
      Paroki Katedral St. Joseph akan menganjurkan “Walkathon” pada 29hb September,2018.
      Kad-Kad Walkathon boleh diperolehi selepas Misa di servis kauter di hadapan Gereja.
      Sila sokong sambil menyumbang untuk projek Katedral baru kita.