15HB JULAI, 2018 MINGGU BIASA KE – 15 TAHUN B

1. PENDAFTARAN  UNTUK  PENGUNDI  BARU 
         Paroki Katedral St. Joseph bersama R.O.S.E (Rise Of Sarawak Efforts) sedang mengadakan gerakan pendaftaran pengundi yang baru.  Mereka yang berumur 21 tahun dan ke atas boleh mendaftar selepas Misa pada hari ini.  
     Sila bawa salinan kad pengenalan anda untuk pendaftaran.

2.  PEMBATALAN :
    * MISA HARIAN
      Sila ambil perhatian:  TIDAK ADA  Misa Harian dan Holy Hour di Gereja Mater Dei, Lutong dari 17hb – 20hb Julai.   Misa Harian di Katedral St. Joseph dan Carmelite’s Chapel adalah seperti biasa.
     Holy Hour di Katedral St. Joseph dibatalkan.

    * HOLY HOUR BAGI PANGGILAN
     Holy Hour bagi Panggilan di Carmelite’s Chapel pada hari Isnin, 16hb Julai, 23hb Julai dan 30hb Julai dibatalkan.  Ianya akan diadakan semula pada 6hb Ogos, 2018.  Harap maklum.

3.  MERAYAKAN PROFESI SISTER MARY ALICE OF HOLY SPIRIT
      Tempat: Carmelite’s Chapel      
      Tarikh :  Sabtu, 21hb Julai      
      Masa  :  8.00 pagi
      Semua dijemput datang.

4.  KURSUS ALKITAB DALAM BAHASA INGGERIS
     Kursus Alkitab Modul 2 tentang Sajarah Keselamatan yang dikendalikan oleh Bapa Uskup Richard akan bermula pada 9hb Ogos.   Sesiapa yang berminat mendalami pengetahuan Alkitab adalah digalakkan untuk menghadiri dan sila daftar di Pejabat Paroki sebelum 25hb Julai.

5.  KURSUS PERANCANGAN KELUARGA SEMULAJADI
     Tempat:  Pusat St. Francis, Jalan Brighton
     Tarikh  :  Sabtu, 28hb Julai
     Masa   :  8.00 pagi – 1.30 petang
     Sila datang ke pejabat Paroki St. Joseph untuk pendaftaran.